Pelakon, Nazrief Nazri meluahkan rasa kebimbangan terhadap peningkatan kes jangkitan Influenza A selepas kehilangan dua ahli keluarga terdekat akibat virus berkenaan, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Nazrief Nazri Terima Mesej Nakal Lelaki Gersang – ‘Nak Cium Sesuatu Boleh?’
’Ambil vaksin’

Menerusi hantaran di Threads, Nazrief, 34, berkata, ahli keluarganya itu merupakan pasangan suami isteri, sekali gus meninggalkan empat anak yang masih kecil.
Keluarga terdekat saya baru meninggal dunia husband and wife selang seminggu. Punca? Influenza. Meninggalkan anak-anak kecil empat orang bawah 12 tahun.
Justeru, Nazrief menasihati orang ramai agar mengambil langkah pencegahan dengan mendapatkan suntikan vaksin Influenza yang menurutnya mampu membantu mengurangkan risiko jangkitan.
Moral of the story, sila ambil vaksin influenza. Tak mahal pun, dalam RM70 je setahun. Semoga kita dijauhi penyakit berbahaya.
Pelakon drama Seribu Tahun itu turut berharap kesedaran masyarakat terhadap kepentingan vaksin dapat ditingkatkan bagi melindungi diri serta keluarga daripada jangkitan yang boleh membawa maut.
The post Nazrief Nazri Bimbang Peningkatan Kes Influenza A, Dua Ahli Keluarga Meninggal Dunia – ‘Ambiklah Vaksin, Tak Mahal Pun’ first appeared on OHBULAN!.





