33.7 C
Kuala Lumpur
Monday, November 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nas-T Bawa Watak Antagonis, Bakal Berguru Dengan Rosyam Nor – ‘Saya Kena Cari Formula Sampai Orang Benci Karakter Ini’

    Shopee Sale



    Pelakon Nas-T, memaklumkan bakal membawa watak antagonis menerusi drama Sepenuh Hati Rindu.

    Slot Samarinda

    Ketika ditemui , Nas T atau nama sebenarnya, Nas Muammar Zar tidak sabar untuk memulakan penggambaran bersama gandingannya iaitu Trisha Ooi dan Nafiz Muaz.

    Watak saya ini adalah watak antagonis dan saya pun sudah lama tak mainkan watak seperti ini.

    Saya teruja dengan watak tersebut dan ini adalah kali pertama saya membintangi slot Samarinda di TV3 sebagai antara watak utama.

    NasT berkata demikian ketika ditemui di sesi fotografi drama tersebut di Balai Berita, Bangsar pada Khamis.

    Berguru dengan Rosyam

    Dalam pada itu, aktor berusia 41 tahun tersebut memberitahu dia turut meminta tips lakonan daripada pelakon berpengalaman iaitu Datuk Rosyam Nor.

    Sebelum ini, saya ada terjumpa Rosyam dan saya beritahu dia tentang watak ini. Rosyam kata, datang jumpa dia di rumah untuk berguru.

    Saya tanya dia apa tips untuk bawa watak antagonis. Jadi insya-Allah sebelum mula penggambaran drama ini saya akan bertemu dengannya.

    Bercerita lanjut, NasT berkata, dia tidak akan ambil pusing andai dikecam dengan watak tersebut kerana menurutnya kritikan amat diperlukan bagi seorang aktor.

    Pada saya apabila seseorang pelakon itu dikecam bermakna lakonannya berjaya. Saya berharap sangat apabila drama ini sudah ditayangkan, akan ada yang berkata tentang lakonan saya. Nak sampai tahap lakonan sehingga dikecam itu saya kena mencari satu formula sehingga orang benci.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Influencer’ Terima Layanan Bak Tuan Puteri, Bayar Lebih Tiga Orang ‘Confinement Lady’ – ‘Beranak Pun Jadi Tak Sakit Macam Ini’


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah