30.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Naqiu Teruja Dapat Menyanyi Lagu Ciptaan Ajai ‘Khayalan’

    Shopee Sale



    Vokalis kumpulan remaja terkenal Boboy iaitu Naqiu atau nama sebenanrya Wan Naqiuddin Mohd Najib, 38 berasa begitu bertuah apabila ditawarkan menyanyi sebuah lagu ciptaan komposer terkenal, Ajai berjudul Khayalan.

    Kekal relevan

    Menyifatkan Ajai atau nama sebenarnya, Mohd Faizal Maas sebagai inspirasinya sebagai seorang pemuzik, tawaran menyanyikan lagu ciptaan idolanya itu dilihat bagai orang mengantuk disorongkan bantal. Khayalan yang mengangkat genre balada juga mendapat sentuhan penulis lirik Wit Mohsen selain Sharon Paul mengendalikan susunan muziknya.

    Khayalan menceritakan kisah lelaki yang mengelamun melayan perasaan serta mencari cinta yang tidak pasti menjadi miliknya. Selari dengan perkembangan zaman serba moden yang meletak fokus kepada aplikasi media sosial seperti Tik Tok sebagai tumpuan promosi, karya Ajai ini menyuntik elemen melodi bersahaja bagi mudah diterima halwa pendengar masa kini.

    Menurut Naqiu juga juara GegarVaganza musim keenam dan finalis GegarVaganza All Star, single terbarunya ini bakal menjadi kayu pengukur untuknya kekal relevan dan mampu bersaing secara sihat dengan penggiat seni muda hari ini.

    Jujurnya penyanyi ‘lama’ atau vokalis kumpulan remaja popular dulu seperti saya yang pernah mencipta nama lebih 20 tahun lalu, ia satu perjalanan yang tidak mudah untuk mencari sebuah lagu yang mana memberi impak sama seperti sebelum ini. Fenomena lagu ‘Episod Cinta’ yang memperkenalkan saya ketika berusia 15 tahun itu bagai mustahil untuk diulang kembali.

    Bukan kerana tiada naskhah hebat atau kurangnya idea menghasilkan karya seumpama itu, namun persepsi peminat dan mereka yang sudah mengikuti saya sukar untuk menerima lagu atau genre baru yang cuba saya tampilkan kerana mereka sudah ‘terikat’ dengan jenama Boboy.

    Naqiu sudah ‘sebati’ dengan melodi leleh, imej budak sekolah dan lagu cinta monyet. Saya sudah mengeluarkan tujuh single sejak ‘comeback’, namun ia belum dapat mengembalikan jenama Naqiu di tahap selesa, katanya yang pernah menerbitkan single Sinar Kedua pada 2020, Masih Ada (2021), Rindu Separuh Nyawa berduet bersama Vanessa pada 2021, Kisah Hati Lara (2022), Tetap Bersama (2022), Panah (2023) dan Maki pada Julai 2024.

    Video

    Bagaimanapun situasi ini tidak melemahkan semangatnya apatah lagi membuatkan penyanyi yang pernah dinobatkan juara program Bintang Asli Negeri Johor pada 2000 ini berputus asa. Sebaliknya kesukaran yang dialami dalam memboloskan diri jauh ke depan ini menyuntik sikap ingin terus mencuba dan tidak berhenti melakukan eksperimen dalam muziknya.

    MENARIK:  Zul Ariffin Menidakkan Hubungan dengan Ruhainies dan Menolak Melibatkan Diri dalam Kontroversi Isu Khalwat - 'Saya Lebih Pilih Untuk Bersikap Berhemah'

    Tambah Naqiu, dia berharap agar Khayalan ciptaan Ajai ini mampu memberikan satu perspektif berbeza buat peminat muzik tempatan dan mampu membawakan namanya ke depan. Malah Naqiu mengharapkan agar single kelapan ini akan diterima stesen radio dan mendapat permintaan pendengar. Khayalan diterbitkan Inisiatif Seni Kreatif (ISK) Muzik dan diedarkan oleh Indigital Music.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah