28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nama Siti Nurhaliza Disalah Guna Untuk Skim Pinjaman Berlesen – ‘Ini Adalah Scammer’

    Shopee Sale

    Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa kecewa apabila ada individu yang tidak bertanggungjawab mempergunakan namanya bagi menjalankan kegiatan penipuan.

    Artikel Berkaitan: Peminat Terpesona Dengan Wajah Siti Nurhaliza Tanpa Solekan – ‘Terima Kasih Tegur Saya’

    Nama Siti disalah guna

    View this post on Instagram

    A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

    Menerusi Instagram Story (IG), Siti memuat naik tangkap layar satu iklan skim pinjaman berlesen yang dibuat seorang individu di TikTok dengan menggunakan namanya tanpa kebenaran.

    Jelas Siti, hantaran yang dibuat individu tersebut adalah penipuan semata-mata.

    Saya nampak ini di TikTok, ini adalah ‘scammer’ dan satu pembohongan!

    Di akhir perkongsian, pelantun lagu ‘Seribu Kemanisan’ meminta pertolongan orang ramai untuk membuat laporan terhadap akaun tersebut dan berpesan supaya tidak mudah terpedaya dengan sebarang tipu helah di media sosial.

    Jika sesiapa nampak posting macam ini, tolong ‘report’ dan ‘alert’ di komen supaya tidak ada yang terpedaya.

    Dunia sekarang ni macam-macam.

    Sementara itu, tinjauan mendapati akaun tersebut masih wujud dan pemiliknya masih giat memuat naik hantaran dengan menggunakan nama Siti Nurhaliza.

    MENARIK:  Kanak-Kanak 6 Tahun Ma*t Dipercayai Tersepit Pada Celah Besi Meja Lipat

    Posting Siti Nurhaliza

    Sumber: IG Story Siti Nurhaliza

    The post Nama Siti Nurhaliza Disalah Guna Untuk Skim Pinjaman Berlesen – ‘Ini Adalah Scammer’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah