30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nak Tubuh Sihat? Amalkan Makan Epal Hijau, Kaya Dengan Pelbagai Nutrien!

    Shopee Sale

    Buah epal hijau bukan sahaja menambah seri pada hidangan, malah ianya kaya dengan nutrien yang sangat bermanfaat untuk kesihatan.

    Artikel Berkaitan: Risiko Guna Botol Air Plastik Terhadap Kesihatan

    Artikel Berkaitan: Kelebihan Habbatus Sauda Untuk Kesihatan Jantung & Pesakit Diabetes

    Disarankan tidak membunang kulit epal

    Epal hijau mengandungi serat yang tinggi seperti vitamin A, C, E, B1, B2, B6, pelbagai mineral seperti potassium, kalsium, magnesium, fosforus, besi, zink, serta sebatian bioaktif seperti quercetin, catechin, phloridzin, dan asid klorogenik.

    Kandungan nutrien yang lengkap ini menjadikan epal hijau bukan sahaja menyihatkan sistem imun, tetapi juga menyokong fungsi tubuh secara menyeluruh.

    Pakar pemakanan menekankan bahawa kulit epal seharusnya tidak dibuang sebelum dimakan kerana ia mengandungi serat dan antioksidan yang menyokong perkembangan serta kesihatan tubuh.

    Serat larut dan tidak larut dalam epal hijau ini membantu memudahkan penghadaman dengan mengekalkan kelembapan semasa pencernaan dan melancarkan pergerakan makanan dalam usus kecil.

    Boleh menurunkan berat badan

    Epal hijau juga sangat baik untuk mereka yang ingin mengekalkan atau menurunkan berat badan.

    Kandungan air yang tinggi, sekitar 85 gram bagi setiap 100 gram buah, membuatkannya rendah kalori tetapi tetap mengenyangkan perut.

    MENARIK:  Bawa Karakter Penyondol, Mimi Lana Minta Jangan Doa Perkara Tak Baik Atas Nama Sebenar – ‘Saya Hanya Interpretasi Watak’

    Di samping itu, serat dan pektin dalam epal hijau membantu mengawal tahap kolesterol dalam darah, menyokong sistem peredaran darah, dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

    Selain manfaat fizikal, epal hijau turut menyokong kesihatan kognitif. Sebatian fenolik dan flavonoid dalam epal hijau mampu melawan radikal bebas, membantu melindungi sel-sel otak, dan menyokong fungsi kognitif yang sihat.

    Kajian menunjukkan bahawa aktiviti antioksidan lebih tinggi terdapat pada kulit epal berbanding isi buahnya, dan epal yang belum masak mengandungi antioksidan yang lebih aktif walaupun epal masak mempunyai fenolik bebas yang lebih mudah diserap tubuh.

    Tambahan pula, pengambilan epal hijau secara konsisten dikaitkan dengan kesihatan tulang kerana mengandungi kandungan kalsium dan magnesium. Ianya membantu menyokong pertumbuhan serta kekuatan tulang, terutama bagi kanak-kanak.

    Sumber: The Asian Parent

    The post Nak Tubuh Sihat? Amalkan Makan Epal Hijau, Kaya Dengan Pelbagai Nutrien! first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah