Peminat burger seluruh negara pasti teruja apabila The Curve, Mutiara Damansara menjadi lokasi tumpuan utama sepanjang tiga hari, bermula 7 hingga 9 November ini sempena penganjuran Burger Festival 2025.
Artikel Berkaitan: #OBCallingFoodies: Bila Tau Fu Fah, Sarang Burung & Biji Teratai Diolah Sentuhan Moden Tetapi Masih Rasa Asli
Artikel Berkaitan: #OBCallingFoodies: Syed Saddiq ‘Approved’ Supamala Hotpot! Boleh Celup Daging Dalam Aneka Kuah & Paling Penting Halal
Pencinta burger wajib datang

Acara yang dijangka menggegarkan kawasan The Street itu menjanjikan aroma daging panggang yang membangkitkan selera, deretan gerai burger legenda serta pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga.
Menariknya, festival yang dianjurkan oleh The Curve dengan kerjasama AK Events ini bakal menghimpunkan nama-nama besar dunia burger seperti Richeese Factory, JnC Burger, Double Cheese Please dan Ten KL bersama barisan Burger Legends yang dibawakan oleh ieatBurgers by FriedChillies.
Antara yang akan memeriahkan acara ialah Pitboy BBQ, Pak Nik Burger, Mean Mince, Bones Burger, Kaw Kaw Burger, Burger Bakar Besar dan Burn Bite’s. Dengan senarai sekuat ini, pengunjung pastinya tidak akan pulang dengan perut kosong.
Festival ini turut menampilkan pelbagai pilihan burger daripada gaya jalanan klasik hingga ke citarasa antarabangsa seperti burger pastrami berinspirasikan Barat.
Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan, bermula daripada RM10 hingga RM40. Malah ada vendor yang menawarkan diskaun sehingga 30 peratus sepanjang festival berlangsung.
Bagi mereka yang berjiwa mencabar, Burger Festival 2025 turut memperkenalkan beberapa pertandingan menarik seperti ‘Eat Like A King’ yang ditaja oleh Richeese Factory untuk peserta yang mampu makan burger paling banyak.
Selain itu, The Great Burger Battle oleh Burger Bakar Besar bagi mereka yang mampu menghabiskan Giant Burger paling cepat dan Burner Burger Challenge oleh Pak Nik Burger, khas untuk mereka yang tahan pedas tahap luar biasa.
Pelbagai aktiviti menarik

Tidak hanya untuk penggemar makanan, festival ini turut menyediakan aktiviti mesra keluarga seperti Little Chef Clay Art Workshop, pertandingan Colour My Burger Contest, serta pelbagai aktiviti pentas yang pastinya menggembirakan kanak-kanak.
Antara menu wajib cuba termasuk Burger Kahwin Dua oleh Pak Nik Burger yang menggabungkan daging lembu dan kambing bersama cheese leleh, serta Pastrami Burger dari Pitboy BBQ yang menggunakan daging pastrami premium dimasak perlahan oleh Chef Arizal.
Sementara itu, Mean Mince tampil dengan The Motz, burger minimalis dengan patty rangup di tepi dan bawang karamel, manakala Bones Burger pula mempersembahkan The OG Beef hasil air tangan artisan burger terkenal, John Fugu.
Turut menjadi tumpuan ialah Kaw Kaw Burger dengan Beef Baconizer yang tinggi bertingkat serta Burger Bakar Besar (BBB) dengan Giant Smashed Burger seberat 500 gram dan Zing Crispy Chicken Burger yang pasti membuat ramai teruja.
Jangan lupa juga untuk mencuba Burn Bite’s Classic Burger, JnC Burger’s Double Cheese & Streaky Burger, serta Double Cheese Please Old School Smash Burger yang mengekalkan cita rasa klasik dan nostalgia burger tempatan.
Bagi yang ingin merasai sendiri pengalaman burger paling epik tahun ini, Burger Festival 2025 akan berlangsung dari jam 10 pagi hingga 10 malam di The Street, The Curve, Mutiara Damansara.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh mengikuti perkembangan terkini di Instagram rasmi @thecurve_official, serta akaun @lovefoodfest.my dan @friedchillies bagi melihat barisan vendor dan video menarik sepanjang festival berlangsung.
The post #OBCallingFoodies: Datang Lapar Balik Kenyang! Burger Festival 2025 Syurga Untuk Kaki Makan first appeared on OHBULAN!.





