30.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nabila Razali Utamakan Kualiti Lagu, Nafi ‘Hard Sell’ Dalam Video Muzik – ‘Bila Dah Melekat Di Telinga, Sudah Cukup Untuk Saya’

    Shopee Sale

    Penyanyi Nabila Razali tampil menjelaskan mengenai video muzik lagu raya terbarunya berjudul Tak Sabar Nak Raya yang dianggap sebagai platform mempromosikan produk secara tersirat.

    Artikel Berkaitan: Nabila Razali Pilih Nabil Ahmad Duet Lagu Raya, Puji Miliki Karakter Kuat – ‘Dia Setuju Tanpa Dengar Demo’

    Artikel Berkaitan: Nabila Razali Dipuji Berbakat Dalam Lakonan – ‘Power, Bukan Kategori Kayu’

    Video muzik lagu raya

    Ketika ditemui , Nabila atau nama lengkap Nur Nabila Mohd Razali, 34, akui merasakan tekanan untuk mengeluarkan lagu raya berikutan sambutan luar biasa yang diterimanya sebelum ini.

    Bagaimanapun, pelantun lagu Peluang Kedua itu tidak meletakkan apa-apa harapan yang tinggi malah berpuas hati dengan kerjasama yang diusahakan bersama pihak yang terlibat.

    Alhamdulillah, lagu raya pertama saya sebelum ini menerima sambutan yang sangat positif. Jadi. untuk lagu raya kedua, sudah tentu saya merasakan sedikit tekanan. Namun, Bella tidak meletakkan harapan terlalu tinggi.

    Bagi saya, apa yang paling penting ialah usaha di sebalik tabir bersama pasukan Nabila Razali Entertainment, kali ini dengan kolaborasi bersama Nabil dan Sony Music Malaysia.

    Insya-Allah jika usaha sudah mantap, hasilnya juga akan baik. Apa sahaja yang berlaku selepas ini, sama ada lagu itu tular atau tidak, saya sudah berpuas hati dengan hasil yang diusahakan.

    Nabila berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pelancaran Lagu Raya yang berlangsung di Pusat Konvensyen Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    MENARIK:  Sharifah Rose Tak Guna Khidmat Pembantu Peribadi, Selesa Urus Diri Sendiri – ‘Ada Potensi Cerita Tidak Betul Disebarkan’

    Mengulas lanjut mengenai video muzik, Nabila menegaskan bahawa dirinya tetap mengutamakan kualiti lagu agar dapat menambat hati pendengar dan bukan sekadar dijadikan medium untuk mempromosikan produk.

    Saya fikir apa yang penting adalah lagu. Apabila lagu itu sudah melekat di telinga semua orang, itu pun sudah cukup untuk saya. Untuk video muzik pula, sudah tentu ada kos yang perlu kita tanggung.

    Tetapi selagi kita tidak terlalu ‘hard sell’ (terlalu mempromosi) atau terlalu jelas mempamerkan jenama melaluinya, saya fikir itu tiada masalah.

    Lagu Tak Sabar Nak Raya ini merupakan hasil ciptaan Brendan Lim Seng Meng, Denise Chan Li-Hsia, Foong Le Xin serta Asyraf Nasir, manakala MFMF bertindak sebagai produser dan penyusun muzik.

    Para peminat boleh mendengarkan lagu raya Nabila Razali berjudul Tak Sabar Nak Raya di platform digital muzik utama termasuk Spotify, Apple Music dan You Tube Music.

    The post Nabila Razali Utamakan Kualiti Lagu, Nafi ‘Hard Sell’ Dalam Video Muzik – ‘Bila Dah Melekat Di Telinga, Sudah Cukup Untuk Saya’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah