31.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nabila Razali & Floor 88 Bakal Meriahkan Apresiasi Pahang 1st, 1,500 Mahasiswa Anak Pahang Berhimpun Di PICC

    Shopee Sale

    Kehadiran penyanyi popular, Nabila Razali dan kumpulan Floor 88 bakal memeriahkan Konvensyen Bakti Negeri Siswa Pahang Apresiasi Pahang 1st yang menghimpunkan seramai 1,500 mahasiswa anak Pahang dari seluruh negara.

    Program yang bakal berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada 14 November ini turut menampilkan persembahan khas daripada kedua-dua artis berkenaan.

    Artikel Berkaitan: ‘Dia Sangat Baik Dengan Saya…’ – Zaiton Sameon Simpan Hasrat Tunai Haji Bersama Anak Angkat

    Artikel Berkaitan: Ayie Floor 88 Bakal Sertai ‘Walk A Town With Me’, Sasaran 30,000 Peserta Di Pahang

    Apresiasi Pahang 1st

    Berlangsung dari pukul 7 pagi hingga 7.30 malam, konvensyen itu bukan sekadar menjadi medan pertemuan mahasiswa, malah platform menghimpunkan suara anak muda bagi membincangkan masa depan dan pembangunan Negeri Pahang.

    Presiden Majlis Anak Pahang Nasional (MAMPAN) Kebangsaan, Wan Izzul Hakim bin Wan Jamal Abdul Nasir berkata, penganjuran tersebut bertujuan melahirkan pemimpin mahasiswa yang mempunyai jati diri, integriti serta semangat kenegerian yang tinggi.

    Mahasiswa anak Pahang bukan sekadar golongan yang menuntut ilmu di menara gading, sebaliknya merupakan aset penting dan bakal pemimpin yang akan menyumbang kepada pembangunan negeri.

    Kita mahu melahirkan barisan mahasiswa yang berfikiran matang, berani menyuarakan pandangan dan mempunyai keupayaan kepimpinan untuk membawa aspirasi anak Pahang ke peringkat lebih tinggi.

    Menurut Wan Izzul Hakim, konvensyen itu memberi penekanan kepada tiga teras utama, iaitu kepimpinan, intelektual dan kenegerian.

    Teras kepimpinan memberi fokus kepada pembentukan pemimpin mahasiswa yang kompeten dan berintegriti. Teras intelektual pula menggalakkan pemikiran kritis menerusi perbahasan serta wacana ilmiah.

    Sementara itu, teras kenegerian bertujuan menyatukan mahasiswa daripada pelbagai institusi di bawah satu aspirasi dan agenda pembangunan Pahang.

    Antara pengisian utama konvensyen ialah Persidangan Mahasiswa Anak Pahang yang menjadi ruang perbincangan serta pembentukan resolusi berkaitan kepentingan mahasiswa dan pembangunan negeri.

    MENARIK:  [VIDEO] Wawa Zainal Sedih Tengok Hayla Menangis Sebab Kek Batik Dikritik 

    Sesi bersama Menteri Besar Pahang

    Program itu turut menampilkan sesi Townhall bersama Menteri Besar Pahang, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail.

    Sesi berkenaan membuka peluang kepada mahasiswa berinteraksi secara langsung dengan kepimpinan kerajaan negeri, selain menyampaikan pandangan, persoalan dan aspirasi mereka.

    Selain itu, majlis berkenaan turut menyaksikan pelantikan Duta Perpaduan Kerajaan Negeri Pahang kepada mahasiswa Pahang bagi memperkukuh semangat perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan anak negeri.

    Penganjuran konvensyen itu melibatkan penyertaan mahasiswa daripada 27 institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh Malaysia.

    Antara IPT yang mengambil bahagian ialah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

    Dengan penyertaan mahasiswa dari seluruh negara, Apresiasi Pahang 1st diharap menjadi platform penyatuan suara generasi muda serta memperkukuh hubungan strategik antara mahasiswa dengan kerajaan negeri.

    Usaha itu sekali gus meletakkan mahasiswa sebagai rakan strategik pembangunan negeri, bukan sekadar pemerhati, tetapi turut berperanan menyumbang idea, kepakaran dan tenaga demi kemajuan Pahang.

    The post Nabila Razali & Floor 88 Bakal Meriahkan Apresiasi Pahang 1st, 1,500 Mahasiswa Anak Pahang Berhimpun Di PICC first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah