31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nabil Ahmad Miliki Empat Ekar Tanah, Puji Kepintaran Isteri Jadi ‘Menteri Kewangan’

    Shopee Sale

    Didakwa memiliki tanah seluas empat ekar, pengacara dan pelawak Nabil Ahmad mengakui bahawa spekulasi netizen itu memang benar.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dapat Duit, Kau Zakat’ – Nabil Kongsi Pesanan Rosyam Nor Untuk Berjaya

    Artikel Berkaitan: Nabil Puji Cara Didikan Aliff Syukri & Shahida, Anggap Ammar Ahyan Seorang Yang ‘Brilliant’

    Isteri jadi menteri kewangan

    Ketika ditemui , Nabil meluahkan rasa syukur kepada isterinya, Zira Ayub, yang bijak mengurus kewangan keluarga.

    Menurut Nabil, 42, Zira berperanan sebagai ‘mastermind’ yang memastikan segala urusan kewangan dijalankan dengan teratur dan bijak.

    Saya tak boleh nak ambil kredit sepenuhnya sebab menteri kewangan saya pun ada di sini. Dialah yang bagi idea.

    Saya sangat bersyukur dapat isteri yang pandai menguruskan kewangan. Apa yang orang nampak hari ini adalah hasil pengurusan kewangan yang baik daripada isteri.

    Nabil berkongsi perkara itu ketika ditemui di pertunjukan fesyen Raya Jakel 2026 yang berlangsung di Kuala Lumpur, pada malam Khamis.

    MENARIK:  Stesen Televisyen Milik Pengacara Popular Berstatus Datuk Didakwa Tak Bayar Caruman Perkeso Pekerja? – ‘Gaji Pun Tertunggak’

    Tambah pemilik nama Ahmad Nabil Ahmad, sepanjang perkahwinan mereka, Zira banyak mengurus dan menyusun kewangan rumah tangga sehingga berjaya memiliki aset bernilai tinggi.

    Zira yang pandai susun keutamaan, mana yang perlu dibayar, disimpan dan dilaburkan sepanjang kami berkahwin.

    Nabil boros

    Sementara itu, Zira mengakui bahawa Nabil memang seorang yang gemar berbelanja, sekali gus mendorongnya untuk lebih berdisiplin dalam mengurus kewangan keluarga.

    Dia memang kuat berbelanja. Kalau duit masuk hari ini, hari ini juga boleh habis.

    Untuk rekod, Nabil mendirikan rumah tangga dengan Zira atau nama sebenarnya Nazirah Ayub pada 30 September 2011.

    Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Naira Mikayla, 14, Layla Medyna, 11, dan Mishall Imani, 7 tahun.

    The post Nabil Ahmad Miliki Empat Ekar Tanah, Puji Kepintaran Isteri Jadi ‘Menteri Kewangan’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah