27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Intan Najuwa Tunai Janji, ‘Terbangkan’ Keluarga Pembantu Dari Filipina Ke Kuala Lumpur Sambut Krismas

    Shopee Sale

    Pelakon Datin Intan Najuwa sekali lagi mencuri perhatian kerana sifat pemurahnya apabila membawa keluarga pembantu rumahnya ke Kuala Lumpur.

    Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Mohon Bantuan Orang Ramai Cari Kucing Hilang – ‘Kalau Ternampak Beritahu, Nanti Saya Bagi Reward’

    Artikel Berkaitan: ‘Menjadi Ibu Bapamu Adalah Penghormatan Terbesar Kami’ – Intan Najuwa Sebak, Puteri Sulung Kini Genap Setahun

    ‘Sangat gembira mereka akhirnya bersatu semula’

    Menerusi hantaran di Instagram Story, Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, berkongsi momen Jussele dapat bersatu semula dengan anak dan keluarganya.

    Sebagai tanda penghargaan wanita itu yang menjaga anaknya, Imane Lunara dengan penuh kasih sayang, Intan telah menaja perjalanan keluarga Jussele dari Filipina ke Malaysia.

    Sangat gembira mereka akhirnya bersatu semula. Jussele benar-benar salah satu rahmat terbesar saya, dia telah menjaga Lunara dengan begitu baik dan saya selamanya bersyukur kepadanya.

    Menurut Intan, dia sebelum ini pernah berjanji untuk membawa keluarga pembantunya itu ke Kuala Lumpur dan akhirnya dia berjaya mengotakan janji tersebut.

    Saya berjanji kepadanya tahun ini saya akan terbangkan keluarganya ke Kuala Lumpur dan sekarang saya dapat membawa anak perempuan Jussele dan keluarganya dari Filipina supaya mereka boleh merayakan Krismas bersama-sama.

    Sumber: Instagram Intan Najuwa

    MENARIK:  Kak KM Kongsi Penyebab Mula Berniaga – ‘Waktu Itu Anak Dah Tiga, Ramai Tanya Tips Jaga Badan’

    The post Intan Najuwa Tunai Janji, ‘Terbangkan’ Keluarga Pembantu Dari Filipina Ke Kuala Lumpur Sambut Krismas first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah