25.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Muat Naik Foto Di Studio Rakaman, Malique Is Back?

    Shopee Sale



    Penyanyi rap terkenal, Malique seakan mengubat rindu hati peminat selepas memuat naik beberapa hantaran menerusi akaun TikTok yang baru sahaja dibukanya.

    Malique is back?

    Menerusi hantaran yang dimuat naik, Malique atau nama sebenarnya Cairel Edrin Ibrahim berkongsi foto dirinya yang sedang berada di sebuah studio rakaman sambil membelakangi kamera.

    Di ruangan kapsyen, Malique memberi bayangan seakan dirinya bakal kembali mengubat rindu peminat industri rap tanah air.

    Aku kembali di dunia sebenarku.

    Buka akaun IG

    Selain akaun TikTok, pelantun lagu ‘Alhamdulillah’ itu turut membuka akaun Instagram dan setakat artikel ini ditulis, akaun tersebut sudah pun mempunyai lebih 60,000 pengikut.

    MENARIK:  Amira Othman Dedah Hampir Naik Pelamin, Reda Hubungan Putus Tengah Jalan – ‘Siapa Lelaki Itu Biarlah Rahsia’

    Kemunculan semula penyanyi rap itu di media sosial sudah tentu menjadi satu tanda tanya dan teka-teki dalam kalangan peminat.

    Sekadar info, Malique mula bergerak solo dan memilih untuk tidak pernah muncul dalam mana-mana platform media termasuk media sosial.

    Namun dia tetap aktif menghasilkan lagu dan bekerja di belakang tabir selepas pembubaran kumpulan Too Phat pada 2007.

    Untuk rekod, Malique berkahwin dengan model, Melissa Maureen pada 2008 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Inca, Rumi Arjuna, Chasca Maya dan Ezra Aditya.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah