26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Kami Tak Pandai Romantik Tapi Banyak Belajar Dari Kesilapan Lalu’ – Alyah

    Shopee Sale



    Kemesraan setiap pasangan suami isteri pastinya berbeza-beza termasuk pasangan selebriti iaitu penyanyi Datin Alyah dan suami, Datuk Ramli MS.

    Bukan pasangan romantik

    " data-video-id="7471915484871527688" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @alyah81official

    kami tak pandai romantic2 tapi belajar byk dari kesilapan lalu.Syukur padamu ya Allah #tokramzara #alyahzara #flyp? #fyp #fypage #fyppppppppppppppppppppppp #alyahtokram

    ? original sound – alyah81official – alyah81official

    Menerusi perkongsian di TikTok, Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, 45, mengakui dirinya dan suami yang juga maestro muzik terkenal negara itu, bukanlah pasangan romantis.

    Kami tak pandai romantik tapi banyak belajar dari kesilapan lalu.

    Walau bagaimanapun, pelantun lagu Kisah Hati tersebut tetap meluahkan rasa syukur dengan aturan Allah SWT dan mengambil pengajaran di atas setiap perkara yang berlaku.

    Syukur padamu Ya Allah.

    Tidak pernah ada yang kebetulan di dunia ini, semua yang datang adalah takdir Allah.

    Yang baik melatih kita untuk bersyukur, yang buruk mengajar kita bersabar.

    Bahagia itu bukan saat segala keinginan kita terwujud, semua kehendak Allah adalah yang terbaik.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berpendapat setiap orang mempunyai cara masing-masing untuk meluahkan rasa cinta terhadap pasangan termasuk Alyah dan Ramli.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Lelaki Jangan Triggered Kalau Perempuan Nak Cari Calon Suami Provider, Kena Terima Hakikat’ – Iddin Ramli

    Mereka juga yakin, di sebalik karakter serius Ramli pastinya dia adalah seorang yang penyayang meskipun tidak ditonjolkan kepada khalayak.

    Sekadar info, Alyah mendirikan rumah tangga dengan Ramli atau mesra disapa Tok Ram pada 2013. Namun, mereka belum dikurniakan anak.

    Menerusi hantaran di Instagram, Alyah sebelum ini berkongsi berita gembira apabila mengambil seorang anak angkat perempuan yang diberi nama Nur Izzara.

    Tok Ram juga pernah berkahwin dengan pengarah acara muzik, Jennifer Thompson dan dikurniakan sepasang cahaya mata.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah