29.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    MK K-Clique Dipuji Tak Tiup Api Lilin Kek ‘Birthday’ – ‘Sebahagian Ulama Mengharamkan Kerana Menyerupai Amalan Orang Kafir’

    Shopee Sale

    Tindakan penyanyi rap, MK K-Clique memadam api lilin pada kek ulang tahun kelahirannya menggunakan tangan meraih pujian.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Kagum MK K-Clique Baca Al-Quran Sebelum Persembahan AJL39 – ‘Sempat Dia Mengaji Ketika Bersolek’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tak Ada Rezeki Untuk Mandikan, Kafan & Kuburkan Arwah Bapa’ – MK K-Clique

    Hukum tiup api lilin

    Menerusi perkongsian seorang individu di platform Threads, dia berkata, terdapat beberapa percanggahan hukum yang menimbulkan perdebatan dalam kalangan agamawan mengenai perbuatan meniup api lilin.

    Menurut individu tersebut, ada antara kalangan ulama yang menyebut bahawa hukum meniup api lilin adalah bertentangan dengan ajaran Islam kerana dikatakan menyerupai amalan orang kafir.

    Respect dengan MK. Sebab tak semua orang akan buat, dia tidak tiup pun lilin tersebut. Malah, ambil air liur letak pada jari kemudian padamkan api lilin itu.

    Tidak ada hadis sahih yang secara khusus melarang meniup lilin. Namun, terdapat perdebatan di antara kalangan ulama mengenai hukum meniup lilin, terutama pada perayaan atau hari jadi.

    Sebahagian ulama mengharamkannya kerana perbuatan itu dianggap menyerupai amalan orang kafir.

    Mereka merujuk kepada hadis yang menyebutkan… “Barang siapa menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk golongan mereka”.

    Begitu pun, kata individu itu lagi, ada juga ulama yang membolehkan perbuatan meniup api lilin disebabkan sehingga kini tiada hadis sahih atau mutlak yang ditemui.

    Namun, ada juga ulama yang membolehkannya dengan alasan tiada dalil sahih yang melarangnya dan perbuatan itu hanyalah adat kebiasaan.

    Oleh itu, hukumnya adalah berbeza-beza mengikut pandangan masing-masing.

    Terdahulu, MK atau nama sebenar Muhammad Hairi Amin Hamdan menerima kejutan daripada isteri tercinta, Siti Hajar bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-29.

    MENARIK:  Aliff Aziz Mengakui Tidak Memiliki Lesen Memandu, Netizen Desak Polis & JPJ Jalankan Siasatan

    Sumber: Threads

    The post MK K-Clique Dipuji Tak Tiup Api Lilin Kek ‘Birthday’ – ‘Sebahagian Ulama Mengharamkan Kerana Menyerupai Amalan Orang Kafir’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah