30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Minta Duit Sendiri Tapi Saya Kena Marah Balik’ – Iqbal Zulkefli Berputih Mata, Lebih RM200,000 Lesap Dilarikan Peminjam

    Shopee Sale

    Personaliti media sosial dan usahawan, Iqbal Zulkefli mendedahkan mengalami kerugian ratusan ribu ringgit disebabkan beberapa individu gagal melunaskan hutang.

    Artikel Berkaitan: Iqbal Zulkefli Kongsi Pengalaman Lari Rumah Ketika Ibu Bapa Mahu Bercerai – ‘Sewa Dapur Yang Dijadikan Bilik, Tidur Atas Lantai’

    Artikel Berkaitan: ‘Hari Pertama Shooting, Saya Tak Hafal Skrip Sampai Zul Ariffin Hilang Sabar’ – Iqbal Zulkefli Kongsi Pengalaman Di Set Penggambaran

    Hutang RM200,000 tak dibayar

    Menerusi hantaran di Threads, Iqbal mendedahkan bahawa nilai kerugian tersebut melibatkan urusan hutang dan bayaran servis yang tidak diselesaikan oleh pihak berkaitan.

    Saya baru tersedar lepas kira-kira orang ambil duit saya, sama ada hutang atau servis, lebih dari RM200,000. Saya ni jenis diam demi menjaga hubungan baik. 

    Malah kalau minta balik duit sendiri, saya yang kena marah balik.

    Lebih mengecewakan, Iqbal mendedahkan hanya 5 daripada 30 orang sahaja yang membayar hutang dan selebihnya hanya mendiamkan diri.

    Percayalah, dalam 30 orang yang saya bagi pinjam, ada dalam 5 orang saja yang bayar balik. Kesemua bersumpah nama Allah, berjanji, tetapi apabila saya minta balik, putus terus hubungan.

    Susulan daripada itu, Iqbal bertindak membataskan pergaulannya bagi mengelakkan dirinya terus dipergunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

    Nampak saya semacam jahat. Sebab itu saya tidak beria berkawan.

    Sumber: Iqbal Zulkefli

    MENARIK:  [VIDEO] Netizen Dakwa Dengar Syed Saddiq Panggil Bella Astillah ‘Yang’? – ‘Gaduh Lah Lagi, Nanti Kahwin’

    The post ‘Minta Duit Sendiri Tapi Saya Kena Marah Balik’ – Iqbal Zulkefli Berputih Mata, Lebih RM200,000 Lesap Dilarikan Peminjam first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah