28.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Hargai Orang Yang Benar Ambil Berat Perjalanan Saya’ – Aina Abdul

    Shopee Sale

    Penyanyi dan komposer, Aina Abdul menzahirkan rasa syukur atas keprihatinan individu terhadap perjalanan kariernya dalam industri seni.

    Artikel Berkaitan: Aina Abdul Bakal Lancar ‘Berjauhan’, Kolabrasi Dengan Vega Antares – ‘Lagu Ini Berbeza Dengan Karya Saya Yang Lain’

    Artikel Berkaitan: Lagu Raya Dikatakan ‘Gagal’, Aina Abdul Balas Komen Negatif Netizen

    Peminat prihatin

    View on Threads

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, seorang individu tampil memberi pendapat susulan pemasaran karya Aina atau nama lengkap Nurul Aina Abdul Ghani.

    Menurutnya, pihak pengurusan Aina perlu memikirkan cara yang lebih efektif untuk memberi platform yang lebih baik susulan bakat yang disifatkan luar biasa bagi seorang anak seni.

    Mungkin kedengaran agak tegas, tetapi sebagai peminat setia, saya benar-benar merasakan bahawa pasukannya perlu lebih proaktif dalam mempromosikan muzik Aina.

    Fesyen dan visual yang mewah sahaja tidak boleh terus menjadi sandaran utama kerana lama-kelamaan orang akan mula menginginkan sesuatu yang lebih bermakna daripada sekadar aspek visual.

    Aina mempunyai bakat yang terlalu besar untuk tidak diberikan pendedahan yang sewajarnya.

    Muziknya wajar dipromosikan dengan lebih meluas di radio, stesen televisyen, platform penstriman serta pengedaran yang lebih tersusun.

    Bagaimanapun, ciapan tersebut meraih perhatian pelantun lagu Berjauh-an itu yang mengakui bahawa keadaan tidak semudah yang disangka untuk memperoleh promosi secara besar-besaran dalam industri seni.

    MENARIK:  Dafi Kongsi Fasa Gelap Dalam Hidup Menerusi ‘Monolog Aku’, Pernah Anggap Diri Beban Keluarga

    Tambah Aina, dia amat menitikberatkan perkembangan diri sekali gus bersyukur atas kepercayaan dan sokongan para peminat sehingga ke hari ini.

    Saya sangat menghargai maklum balas jujur seperti ini kerana ia datang daripada orang yang benar-benar mengambil berat tentang perjalanan saya.

    Setiap era dan persembahan yang saya hasilkan datang daripada rasa cinta, seni, dan penceritaan. Saya faham ada antara kalian yang mahu lebih fokus dan pendedahan kepada muzik itu sendiri. Malangnya, keadaan sekarang tidak semudah dulu. Nak dapat slot untuk promosi pun kadang-kadang memang susah.

    Perkembangan diri sangat penting bagi saya, dan saya tidak mahu terus berada di tempat yang sama dari segi kreativiti. Terima kasih kerana terus menyokong, mempercayai saya.

    Sumber: Threads @ainaabdul

    The post ‘Hargai Orang Yang Benar Ambil Berat Perjalanan Saya’ – Aina Abdul first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah