27.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mierul Aiman Bangga Beli Rumah Pada Usia 27 Tahun, Anggap Satu Pelaburan Masa Depan – ‘Kewangan Saya Juga Sudah Stabil’

    Shopee Sale



    Berjaya memiliki rumah sendiri pada usia 27 tahun, pelakon Mierul Aiman menyifatkan perkara itu sebagai satu pencapaian yang membanggakan diri.

    Pelaburan masa depan

    Mengakui kewangan sudah stabil, Mierul atau nama lengkap Mohammad Amirul Aiman Norazman berkata, dia membeli rumah yang terletak di Sepang itu sebagai satu pelaburan.

    Saya beli rumah itu sudah lama. Umur saya sekarang 27, sebenarnya umur sebaya saya ramai dah kahwin atau punyai aset. Ini adalah waktu terbaik untuk beli rumah dan kewangan juga sudah stabil.

    Saya anggap itu satu pencapaian untuk diri sendiri. Saya beli rumah itu atas beberapa faktor, antaranya pelaburan masa hadapan.

    Saya tidak tahu apa nasib saya pada masa akan datang, jadi membuat pelaburan dengan membeli rumah, saya anggap itu satu langkah yang baik.

    Kongsi juara Hero Remaja 2021 itu lagi, rumah jenis apartment berkenaan berada di kawasan yang strategik dan membangun.

    Saya beli rumah di kawasan tersebut kerana lokasinya sangat stratergik. Kawasan di situ juga sangat membangun dan mempunyai aksesibiliti yang baik.

    Ada kolam renang, gimnasium, surau dan lain-lain lagi. Jika saya nak sewakan rumah itu atau jadikan airbnb pun tiada masalah. Itu juga cara saya menabung jika ada masalah kewangan.

    MENARIK:  [VIDEO] Jefri Nichol Iring Ameera Khan Ke Kereta, Netizen Tak Restu – ‘Memang Handsome, Tapi Red Flag’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah