29 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Menggamit Kenangan! Raja Azrey Tunjuk Lokasi Asal Penggambaran Filem Blok 404 – ‘Ini Tempat Nabila Huda Jatuh Bangunan’

    Shopee Sale



    Di TikTok, pelakon Raja Azrey memuat naik video mengenai keadaan lokasi penggambaran filem Blok 404 yang pernah dibintangi olehnya suatu masa dahulu.

    Bangunan masih sama

    Menerusi video berdurasi 4:54 minit, Azrey berkata, lokasi tersebut terletak di Kajang, Selangor. Ujar Azrey, bangunan itu masih kekal sama cuma terdapat sedikit ubah suai di bahagian dalam termasuk persekitaran.

    Menurut Azrey, lorong dalam babak mereka sampai ke Blok 404 dahulunya dipenuhi dengan pokok-pokok.

    Bangunan ini masih kekal strukturnya dan sama macam dulu cuma dia berbeza dari segi aturan yang ada dekat dalam ni je. Dapat juga saya melepaskan rindu saya.

    Menerusi video tersebut juga, Azrey menunjukkan beberapa lokasi spesifik babak yang masih kekal dalam ingatan penonton. Antaranya babak dia memancung kepala dan tempat mereka duduk berkumpul, berdating serta babak Nabila Huda jatuh dari bangunan.

    Memang seronok kalau dapat datang balik ke lokasi yang saya pernah gunakan tahun 2001, sekarang dah 2024 nak masuk 2025 dah.

    Ya Allah menggamit kenangan bersama kawan-kawan kat sini masa itu, Zamarul (Hisham) Nabila (Huda), arwah Faisal Yusof, Boy Iman dan arwah Ahmad B.

    Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat perkongsian Azrey. Menurut netizen, perkongsian tersebut turut menggamit kenangan mereka sewaktu zaman kanak-kanak dan remaja ketika menonton filem itu.

    MENARIK:  Rakan Perniagaan Wak Doyok Mohon Perintah Injuksi, Nafi Ada Perjanjian Pulangan Sebanyak RM3 Juta – ‘Kami Sudah Membayar Dia RM800k’

    Video

    " data-video-id="7412522312043400469" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @raja_azrey

    Abg ke lokasi asal telefilem vcd book 404. #viralmovie #tiktok #rajaazrey #rajaazreytvchannel #xroovmalaysia #vcd404 #blok404 #fypdonggggggggg? #movie #evergreen #klasik

    ? original sound – Raja Azrey – Raja Azrey

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah