
Pempengaruh dan pelakon, Mek Yun meluahkan rasa gembira apabila berjaya mendapatkan semula akaun TikTok miliknya.
Dapat semula TikTok

Mek Yun atau nama lengkap Wee Yu Nee, 28, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu membuat aduan atau ‘appeal’ untuk dia mendapatkan semula akaun TikTok yang sudah memiliki 1.4 juta pengikut itu.
Saya gembira sangat dah dapat balik akaun TikTok. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang tolong ‘appeal’ akaun saya.
Yang DM beri kata-kata semangat, tolong post dan sebagainya. Ada juga yang komen untuk bagi saya positif.
Dalam pada itu, Mek Yun memberitahu dia berasa sebak dengan sokongan dan kasih sayang diberikan wargamaya terhadapnya.
Apabila dapat semula akaun TikTok itu saya sampai menangis. Saya menangis sebab rasa terharu dengan sokongan yang diberikan.
Ini adalah bukti sokongan dan kasih sayang boleh beri keajaiban. Saya sayang korang semua.
Terdahulu, Mek Yun memberitahu akaun TikTok yang menggunakan nama @mekyunnn telah lesap atau di ‘banned’.





