26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Uqasha Senrose Terpaksa ‘Shopping’ Saat Akhir, Dakwa Kamal Adli Beli Baju Raya Anak Saiz Besar – ‘Qeeya Belum Masuk 2 Tahun Lagi’

    Shopee Sale

    Pelakon Uqasha Senrose terpaksa mencari pakaian raya anak perempuannya, Hawra Uqaira pada saat akhir selepas baju yang dibeli bekas suami, Kamal Adli tidak muat.

    Artikel Berkaitan: Kamal Adli Syukur Uqasha Mudahkan Urusan Jumpa Anak, Akur Tiada Hak Bermalam – ‘Mungkin Dia Risau’

    Artikel Berkaitan: Uqasha Senrose Kongsi Hawra Alami ‘Chicken Pox’ – ‘Bukan Tak Bagi Dua Minggu’

    Baju raya Hawra tak muat

    Menerusi hantaran di Instagram Story, pemilik nama Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 34, berkata baju tersebut terlalu besar dan tidak sesuai untuk Hawra yang baru berusia dua tahun.

    Dua hari lepas sebelum ayah balik kampung, ayah bagi baju raya Qeyaa saiz 4 dan 3. 

    Tak muat, Qeyaa tak sampai dua tahun pun lagi.

    Disebabkan itu, Uqasha berkata sudah dua hari dia keluar masuk kedai untuk mencari pakaian yang sesuai untuk digayakan pada pagi Syawal.

    Harapnya ada lah baju, sudah dua hari cari,

    Kita cari lagi okay Qeyaa.. Mana nak cari baju baby at this time?

    Untuk rekod, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 bagaimanapun mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 12 Januari lalu.

    MENARIK:  #OBWrapped24: Putri Anggun Lovellia, Sharifah Fatma Nour Jamalullail & Muhammad Jibril Antara Penyeri Rumah Tangga

    Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Hawra Uqaira yang kini berusia dua tahun.

    Sumber: Instagram Uqasha Senrose

    The post Uqasha Senrose Terpaksa ‘Shopping’ Saat Akhir, Dakwa Kamal Adli Beli Baju Raya Anak Saiz Besar – ‘Qeeya Belum Masuk 2 Tahun Lagi’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah