28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mas Khan Pilih Baju Untuk Isteri Pakai Waktu ‘Honeymoon’

    Shopee Sale

    Pelakon Mas Khan bukan sahaja romantik, malah cukup prihatin terhadap penampilan isterinya, Anatasha Diana.

    Artikel Berkaitan: Netizen Puji Mas Khan Sentiasa Merendah Diri & Pemurah – ‘Baik Orangnya, Tak Lekang Dengan Senyuman’

    Artikel Berkaitan: Mas Khan Sah Bergelar Suami Kepada Anatasha Diana, Serah Mas Kahwin RM1,497

    Mas Khan pilih baju isteri

    Menerusi satu hantaran di Instagram Story, Mas Khan atau nama penuhnya Mas Hidzhie Khan Mas Fadzillah Khan, 31, berkongsi bahawa semua pakaian yang digayakan isterinya sepanjang percutian bulan madu mereka di Bali, Indonesia telah dibeli olehnya sendiri.

    Satu hal tentang diri saya, semua pakaian isteri yang digayakan sepanjang pra bulan madu ini saya sendiri yang beli.  

    Kebanyakannya dari sebuah butik dan beberapa helai pakaian istimewa isteri saya dibeli dari Phuket.

    Perkongsian itu dibuat selepas ada individu yang memuji penampilan Anatasha yang dilihat menarik. Malah, individu itu turut bertanya di mana mereka boleh mendapatkan pakaian sama seperti yang dipakai isterinya itu.

    MENARIK:  Iqbal Zulkefli Berkongsi Pendapat Untuk Menerbitkan Drama Mengenai Kisah Hukum Berasmara Dalam Iddah

    Mas Khan turut meluahkan rasa terharu dan gembira apabila ada dalam kalangan pengikutnya menyukai pemilihan pakaian yang digayakan oleh isterinya itu.

    Ya, saya memang seronok menggayakan permaisuri (panggilan isteri) saya. Terima kasih kerana anda menyukainya.

    Untuk rekod, Mas Khan telah selamat mendirikan rumah tangga dengan Anatasha pada 25 Mei lalu hanya dengan sekali lafaz. 

    Mas Khan elah menyerahkan mas kahwin berjumlah RM1,497 serta wang hantaran sebanyak RM20,000 kepada isterinya tercinta dan seutas gelang tangan emas.

    Sumber: Instagram Mas Khan

    The post Mas Khan Pilih Baju Untuk Isteri Pakai Waktu ‘Honeymoon’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah