33.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Mas Idayu Ambil Buku Lirik Saya, Dia Campak’ – Nadeera

    Shopee Sale

    Penyanyi, Nadeera mengimbau kembali pengalaman ketika menyertai pertandingan nyanyian sulungnya iaitu Vokal Bukan Sekadar Rupa pada tahun 2012.

    Artikel Berkaitan: ‘Sedih Juga Ada Yang Komen Bosan Dengar Lagu Sama’ – Nadeera

    Artikel Berkaitan: Nadeera Minat Siti Nurhaliza Seawal Usia Tiga Tahun

    ‘Kau keluar sekarang’

    Walaupun lebih sedekad berlalu, Nadeera mengakui detik tersebut masih segar dalam ingatannya terutama insiden dimarahi oleh Mas Idayu yang merupakan salah seorang juri dan tenaga pengajar dalam program tersebut.

    Pertandingan pertama yang saya sertai adalah Vokal Bukan Sekadar Rupa. Pengalaman yang saya ingat sampai sekarang, pernah kena marah dengan Mas Idayu.

    Mas Idayu ambil buku lirik saya kemudian dia campak, Mas Idayu kata tiada ‘improvise’. Dia suruh saya keluar dari bilik dan cari ‘improvise’ sendiri, dia cakap ‘kau keluar sekarang’.

    Nadeera berkongsi perkara itu dalam saluran podcast Kita-Kita Aje! yang dikendalikan oleh hos terkenal, Datuk Aznil Hj Nawawi.

    MENARIK:  [VIDEO] Datuk Red Pernah ‘Kantoi’ Dengan Adira Suhaimi, Pergi Jumpa Perempuan Lain – ‘Tak Jadi Nak Temberang’

    Menurut Nadeera, ketika itu gaya nyanyiannya sering terikut-ikut dengan penyanyi asal dan tidak melakukan improvisasi.

    Saya memang ada masalah atau habit yang suka nyanyi terikut gaya penyanyi asal, saya dahulu suka buat perkara itu.

    Mengakui terkedu ketika dimarahi Mas Idayu, Nadeera berkata dia terpaksa meminta bantuan daripada peserta lain yang dianggap seperti abang dan kakak dalam pertandingan tersebut.

    Ketika dimarah saya tergamam dan tak tahu nak buat apa. Jadi saya minta tolong abang dan kakak yang juga peserta dalam pertandingan itu untuk mengajar saya.

    Selepas mereka ajar saya, adalah ‘improvise’ yang dapat saya lakukan. Kalau tidak saya memang akan terikut sebiji penyanyi asal.

    Sekadar info, langkah Nadeera dalam pertandingan Vokal Bukan Sekadar Rupa terhenti di peringkat separuh akhir.

    Sumber: YouTube

    The post ‘Mas Idayu Ambil Buku Lirik Saya, Dia Campak’ – Nadeera first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah