28.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Marsha Milan ‘Postponed’ Lancar MV ‘Tangisan Seorang Pendosa’, Tanda Soladariti GSF – ‘Semoga Allah Lindung Mereka’

    Shopee Sale

    Penyanyi, Marsha Milan terpaksa menunda pelancaran video muzik lagunya berjudul Tangisan Seorang Pendosa yang dijadual ditayangkan pada Jumaat jam 8 malam di YouTube.

    Artikel Berkaitan: Sukarelawan Malaysia Dalam Keadaan Selamat, Akan Dihantar Pulang Melalui Negara Ketiga

    Hormat situasi

    Marsha, 39, memberitahu keputusan itu diambil sebagai tanda solidariti dan penghormatan terhadap para sukarelawan Malaysia yang kini ditahan tentera Zionis Israel ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.

    Kepada semua peminat dan rakan yang saya kasihi, saya ingin memaklumkan pelancaran video muzik Tangisan Seorang Pendosa yang dijadualkan berlangsung Jumaat pada jam 8 malam terpaksa ditunda.

    Buat masa ini, marilah kita bersama-sama berdoa agar rakan-rakan kita di Global Sumud Flotilla (GSF) serta rakyat Malaysia yang terlibat dikurniakan keselamatan, kesihatan yang baik serta segala urusan mereka dipermudahkan.

    Semoga Allah melindungi mereka, meneguhkan hati mereka dan kembalikan mereka ke pangkuan keluarga serta tanah air dengan selamat, insya-Allah.

    Langkah Marsha menerima pujian peminat yang rata-rata menyifatkan tindakannya sebagai bukti keprihatinan terhadap isu kemanusiaan global.

    MENARIK:  Fatin Afeefa Tak Masuk Campur Urusan Opai Jadikan Virus ‘Monkeypox’ Bahan Jenaka – ‘Bukan Urusan Saya’

    Terdahulu, media melaporkan semua 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan GSF disahkan berada dalam keadaan selamat dan akan dihantar pulang melalui negara ketiga.

    Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan kerajaan sedang mengambil langkah sewajarnya untuk menjamin keselamatan serta memastikan pembebasan segera peserta GSF terutama rakyat tempatan yang ditahan Israel.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan telah berhubung dengan beberapa pemimpin serta rakan sejawat negara sahabat, termasuk Amerika Syarikat, bagi mendapatkan kerjasama dalam usaha membawa pulang semua sukarelawan.

    Sumber: Instagram

    The post Marsha Milan ‘Postponed’ Lancar MV ‘Tangisan Seorang Pendosa’, Tanda Soladariti GSF – ‘Semoga Allah Lindung Mereka’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah