33.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Manfaat Pengambilan Air Garam: Rahsia Kulit Sihat & Kelancaran Sistem Penghadaman

    Shopee Sale

    Air kosong merupakan keperluan asas bagi tubuh manusia, kerana membantu mengekalkan keseimbangan cecair dalam badan, melancarkan penghadaman dan menyokong fungsi organ.

    Artikel Berkaitan: Tak Perlu Produk Mahal, Guna Kiub Ais Je Dah Cukup Untuk Kulit Sihat & ‘Glowing’

    Artikel Berkaitan: Tak Perlu Malu Lagi! Cerahkan Celah Paha Dengan Bahan Dapur Je, Memang Menjadi!

    Baik untuk orang yang buat aktiviti fizikal berat

    Selain air kosong, pengambilan air garam juga memberi manfaat untuk kesihatan tubuh seseorang.

    Memulakan pagi dengan air garam membantu proses detoksifikasi, membersihkan sistem penghadaman dan memberi kesan positif terhadap kesihatan kulit. Amalan ini memberikan dorongan semula jadi agar tubuh berfungsi lebih optimum sepanjang hari.

    Sebagai minuman elektrolit semula jadi, air garam mineral berkesan mengimbangi cecair tubuh, terutamanya bagi mereka yang aktif bersukan bagi menggantikan kehilangan mineral melalui peluh.

    Selain itu, elektrolit ini penting untuk fungsi saraf, kekuatan otot, serta kestabilan tahap pH dan tekanan darah.

    Dapatkan elektrolit dengan diet harian

    Pengambilan air kosong sahaja juga tidak mencukupi kerana ia tidak mengandungi mineral penting. Malah, jika ia diminum secara berlebihan boleh mencairkan kandungan elektrolit dalam darah dan menyebabkan kekurangan mineral yang diperlukan tubuh.

    MENARIK:  [VIDEO] Kieda Crepe Puji Cara ‘Customer’ Datang Mengadu Kek Pistachio Berkulat – ‘Dia Bayar Untuk Satu Tapi Saya Gantikan Dengan Dua’

    Sekiranya tubuh anda kekurangan elektrolit, ia boleh menyebabkan keletihan, sakit kepala, kekejangan otot, sembelit atau rasa dahaga walaupun telah minum banyak air.

    Walau bagaimanapun, sumber elektrolit boleh diperoleh melalui air kelapa, bayam, tembikai, brokoli dan pelbagai makanan berkhasiat lain.

    Selain itu, amalan minum air garam juga merupakan cara mudah untuk menambah elektrolit secara semula jadi.

    Memulakan pagi dengan minum air garam ketika perut kosong membantu membersihkan sistem penghadaman serta memberi kesan positif terhadap kesihatan kulit.

    Air garam juga sesuai diambil selepas bersenam, muntah, cirit-birit, berasa letih atau ketika berada dalam cuaca panas dan kering bagi membantu menggantikan mineral yang hilang melalui peluh.

    Cara penyediaannya cukup mudah, iaitu dengan menambahkan secubit garam jenis Himalaya ke dalam segelas air suam, kemudian dikacau sehingga larut sebelum diminum.

    Sumber: Wanista

    The post Manfaat Pengambilan Air Garam: Rahsia Kulit Sihat & Kelancaran Sistem Penghadaman first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah