Isteri kepada penyampai radio, Fizi Ali iaitu Siti Zulaikha menyampaikan luahan hati yang bermakna buat anak tirinya, Ameena Sofia.
Artikel Berkaitan: Fizi Ali Sedar Tanggungawab Suri Rumah Tidak Mudah, Isteri Tertidur Atas Sofa Sebab Kepenatan
Artikel Berkaitan: Isteri Titip Ucapan Istimewa Untuk Fizi Ali Sempena ‘Birthday’ – ‘ Awak Penyayang & Setia, Lelaki Yang Saya Pernah Impikan’
Ucapan

Dalam satu perkongsian emosi di Instagram Story, Zulaikha atau lebih mesra disapa Mamatiz memuat naik lukisan yang dipercayai milik Ameena sambil menyatakan perasaannya.
Walau apa pun ujian yang datang dalam perjalanan kita, Mama tetap pilih untuk sayang awak dengan hati yang ikhlas.
Setiap hari Mama belajar memahami, menerima dan memeluk awak dengan penuh kasih.
Tambah Mamatiz lagi, dia juga berdoa agar kasih yang terbina antaranya dengan Ameena akan berkekalan selamanya.
Semoga Allah sentiasa menjaga hubungan kita, melembutkan hati kita dan mengikat kasih sayang ini dalam kebaikan.
Awak tetap anak Mama dalam doa dan dalam kasih.
Sebelum ini, Fizi pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Shakilla Khoriri pada 18 Februari 2018 namun bercerai sekitar Disember 2021.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nurul Ameena Sofia.
Pada Oktober 2023, Fizi kembali mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihan hatinya, Mamatiz.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Nurraisya Sofea.
Sumber: Instagram
The post ‘Mama Tetap Pilih Sayang Awak Dengan Hati Yang Ikhlas’ – Luahan Isteri Fizi Ali Kepada Ameena Sofia first appeared on OHBULAN!.





