30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Dr Izzar Sepakat Dengan Isteri Guna Media Sosial Untuk Urusan Kerja Sahaja – ‘Malas Nak Menunjuk Takut Penyakit Ain’

    Shopee Sale



    Suami kepada pelakon Ummi Nazeera iaitu Dr Mohd Izzar Anwari mengakui bahawa dia dan isteri lebih selesa menggunakan platform media sosial untuk urusan kerja sahaja berbanding berkongsi mengenai kehidupan peribadi.

    Elak penyakit ain

    Menerusi temu bual bersama , Dr Izzar berkata, mulai awal tahun ini dia dan isteri sudah berbincang dan bersepakat untuk berkongsi mengenai urusan kerja sahaja di media sosial berbanding kehidupan peribadi mereka. Ini kerana, mereka mahu mengelakkan diri daripada terkena penyakit ain.

    Saya dengan Ummi dah bincang mengenai perkara tersebut sejak awal tahun ini. Kami akan buat posting antara satu sama lain hanya melibatkan urusan kerja sahaja. Media sosial untuk kerja. Malas nak menunjuk takut terkena ain.

    Kalau ada majlis keluarga contoh sambutan hari lahir, kami akan post juga. Cuma, sikit-sikit sahaja. Lebih baik kami tak tunjuk dan biar ia private sahaja. Biarlah rahsia.

    Disoal mengenai kepercayaan terhadap penyakit ain, Dr Izzar menjawab, penyakit tersebut bukan tertumpu kepada rumah tangga sahaja malah, melibatkan anak-anak juga.

    Penyakit ain ni bukan rumah tangga sahaja. Contoh beberapa tahun lepas kami kongsi pasal anak di media sosial. Kami perasan lepas muat naik posting tu mereka jatuh sakit siap masuk hospital.

    Sejak dari itu juga kami kurangkan posting mengenai anak-anak. Kami tidak terlalu kongsi perihal mereka untuk elak perkara yang macam itu berlaku.

    Video

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Saya Tak Ada Rezeki Untuk Mandikan, Kafan & Kuburkan Arwah Bapa’ – MK K-Clique
    " data-video-id="7428796712593935633" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @official

    Kena pun kena berhati-hati ?# #fyp #news #drizzar #takut #penyakitain

    ? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah