34.1 C
Kuala Lumpur
Monday, August 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Maia Estianty Pakai Set Perhiasan Cecah RM2.45 Juta Ketika Majlis Bersiram Al Ghazali 

    Shopee Sale

    Penampilan pelakon dan penyanyi Indonesia, Maia Estianty ketika menghadiri majlis siraman anaknya, Ahmad Al Ghazali, baru-baru ini telah menyorot perhatian netizen.

    Artikel Berkaitan: Majlis Bersiram Anak Sulung Satukan Ahmad Dhani, Maia Estianty & Mulan Jameela

    Pakai set perhiasan mewah

    View this post on Instagram

    A post shared by Bunda Maia Mussry The Queen (@maiaestiantyreal)

    Menerusi video yang dimuat naik di Instagram (IG), Maia kelihatan anggun menggayakan busana kebaya berwarna biru bermotifkan bunga-bungaan di kala usianya sudah mencecah 49 tahun.

    Bukan itu sahaja, Maia turut berkongsi momen dirinya dimanja suami, Irwan Mussry yang memakaikan set perhiasan mewah kepadanya.

    Apa yang mencuri perhatian ialah, set perhiasan yang terdiri daripada cincin, rantai leher dan anting-anting telinga itu bertatahkan berlian dan batu permata biru atau lebih dikenali sebagai ‘blue sapphire’.

    MENARIK:  Black Hanifah Mahu Gegarkan Pentas Anugerah, Harap ‘Hijab Rindu’ Dapat Tempat Di AJL40 – ‘Saya Tidak Akan Mengaku Kalah’

    Memetik laporan Kompas.com, set perhiasan yang dipercayai berasal daripada koleksi ‘Bvlgari Burma No Heat Sapphire Jewelry Suite’ itu dianggarkan bernilai USD578,000 (RM 2,450,000).

    Komen netizen

    Perkongsian tersebut kemudiannya menyorot perhatian ramai yang rata-ratanya memuji kecantikan Maia sewaktu majlis istimewa anak sulungnya.

    Sekadar info, anak sulung Maia hasil perkahwinannya bersama ketua kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani iaitu Ahmad Al Ghazali selamat bernikah dengan model dan pempengaruh, Alyssa Daguise pada Isnin.

    Sumber: Instagram, Kompas.com

    The post Maia Estianty Pakai Set Perhiasan Cecah RM2.45 Juta Ketika Majlis Bersiram Al Ghazali  first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah