28.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    MAGGI® Kari Lah Karnival – Sambutan Terbesar MAGGI® Kari Untuk Rakyat Malaysia

    Shopee Sale

    Kalau korang tanya orang Malaysia, ‘Apa makanan paling simple tapi tetap dekat di hati?’, mesti ramai akan jawab tanpa ragu: MAGGI® Kari.”

    Dari zaman belajar di kolej, sampai ke saat-saat keluarga berkumpul hujung minggu, semangkuk MAGGI® Kari sentiasa jadi pengikat hati. Ia bukan sekadar mi segera, tapi satu warisan rasa yang dibesarkan bersama kita semua.

    Senang cakap,  MAGGI® Kari Kari tiada ganti dan sentiasa jadi pilihan ramai.

    Dan tahun ni, buat pertama kali dalam sejarah, MAGGI® menjemput kita semua untuk meraikan rasa itu di MAGGI® Kari Lah Karnival

    Karnival Kari Terbesar! Penuh Rasa, Aroma & Kemeriahan Hebat

    MAGGI® Kari Lah Karnival! bakal berlangsung sempena cuti panjang Hari Kebangsaan, karnival ni menjanji pengalaman penuh deria: makanan, budaya dan hiburan dalam satu destinasi.

    Makan Makan Food Village & MAGGI® Bistro  – Versatiliti MAGGI® Kari Dalam Satu Destinasi

    Tumpuan utama karnival pastinya Makan Makan Food Village, yang menampilkan versatil MAGGI® Kari, daripada hidangan klasik yang begitu dekat di hati  hinggalah ciptaan moden yang penuh gaya.

    Chef selebriti yang sering muncul di FYP anda bergabung dengan restoran kegemaran ramai untuk menghasilkan menu eksklusif, antaranya:

    • Chef Fikree
    • Chef Amir Gani
    • Chef Jia Le Woh
    • Murni Discovery
    • NZ Curry House
    • Mamak Spices Corner
    • Pokok by Brickhouse
    • Serai

    Selain menu khas ni, pengunjung juga boleh nikmati semula sajian gaya mamak kegemaran ramai, atau menuju ke Bistro MAGGI® Kita untuk cipta mangkuk kari mengikut citarasa sendiri.

    Zon Interaktif – Dari Rempah Sampai Game Gila-Gila

    Lepas kenyang, jangan lupa explore zon permainan interaktif yang diinspirasikan daripada rasa, aroma dan tekstur MAGGI® Kari:

    Rebut Ramuan — uji kepantasan tangan dengan penyepit gergasi. Siapa paling laju, dialah juara!

    MENARIK:  Cara Mengatasi Masalah Kurang Rakaat Selepas Menyempurnakan Solat

    Kisah 12 Rempah — kenali ramuan berani di sebalik kuah kari. Dari keharuman jintan sampai kepedasan cili, semua ada.

    Diari Kari — kongsi kisah kari korang, sama ada memori zaman kecil, rutin keluarga atau resipi rahsia sendiri.

    Kari Kecoh — cabaran rebut topping gebu dalam mangkuk gergasi MAGGI®. Confirm riuh dengan gelak tawa!

    Ada Konsert Percuma! Menampilkan Yonnyboii, Aisyah Retno & Ramai Lagi

    Perut dah kenyang, mestilah korang dah ready nak layan konsert pulak betul tak? Jadi, bersedia di pentas utama sebab korang bakal dihiburkan dengan barisan selebriti popular seperti Yonnyboi, Aisyah Retno, Bil Musa dan Asyraf Nasir.

    Aktiviti & Hadiah Menarik Menanti Korang

    Jangan lupa juga untuk tebus hadiah percuma korang! Tapi syaratnya, kenalah join dulu aktiviti MAGGI® Kari Lah Karnival.

    Kalau korang memang peminat setia MAGGI Kari, inilah peluang untuk join karnival terbesar MAGGI Kari. Ajak keluarga dan rakan-rakan sekali, sebab ini salah satu cara paling best untuk bonding sambil main game dan kumpul points sama-sama!

    Lepas tu, snap gambar kat instalasi gergasi yang memang Insta dan TikTok-worthy. Confirm content korang meletup dekat FYP!

    Jadi, jangan lepaskan peluang untuk habiskan hujung minggu korang di MAGGI® Kari Lah! Karnival.
    📅 Tandakan tarikh: 28 – 31 Ogos
    📍 Raintree Plaza, TRX

    Waktu Operasi:

    30 – 31 Ogos: 10.00 pagi – 10.00 malam (Terbuka untuk orang ramai)

    28 Ogos: 6.00 petang – 10.00 malam (Terbuka untuk orang ramai)

    29 Ogos: 4.00 petang – 10.00 malam (Terbuka untuk orang ramai)

    Ikuti laman Instagram rasmi MAGGI® Malaysia di SINI untuk ketahui update terbaru dari mereka.

    The post MAGGI® Kari Lah Karnival – Sambutan Terbesar MAGGI® Kari Untuk Rakyat Malaysia first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah