30.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jefri Nicol Kongsi Video Pakai ‘Skincare’ Tanpa Berbaju, Ramai Netizen Kata – ‘Teringin Nak Jadi Tampan Macam Dia’

    Shopee Sale



    Jefri Nichol

    Perkongsian di TikTok milik pelakon tampan Indonesia, Jefri Nichol mencuri perhatian apabila dia memuat naik sepotong video menggunakan produk penjagaan kulit atau ‘skincare’.

    Mahu setampan Jefri

    Jefri Nichol

    Menerusi hantaran tersebut, Jefri, 26, yang tidak berbaju dilihat menyapukan produk berkenaan di kulit mukanya.

    Aktor itu juga berkongsi tips bagaimana untuk menggunakan produk tersebut termasuk cara membersihkan muka.

    Walau bagaimanapun, lain pula yang menjadi bualan wargamaya di ruangan komen apabila rata-rata terpegun melihat ketampanan Jefri.

    Netizen menyifatkan aktor itu sangat beruntung kerana memiliki wajah yang tampan serta bertubuh sasa.

    MENARIK:  [VIDEO] Zehra Zambri Datang Bulan, Lafaz Cerai Ditangguhkan – ‘Harap Itu Adalah Tarikh Terakhir Saya Hadir Ke Mahkamah’

    Malah, ada segelintir warganet yang berseloroh mengatakan ingin memiliki ketampanan sama seperti kekasih kepada Ameera Khan itu.

    Sejak akhir-akhir ini, nama Jefri meledak dan menjadi sebutan ramai susulan digosipkan bercinta dengan adik kepada selebriti popular, Noor Neelofa.

    Meskipun tidak mengesahkan hubungan, namun keakraban dan aksi mesra yang sering dipamerkan menguatkan andai bahawa mereka mempunyai hubungan istimewa.


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah