Festival raya terbaharu, Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 bakal menghangatkan suasana Ramadan apabila berlangsung selama 88 jam tanpa henti bermula 12 hingga 15 Mac ini di Pusat Dagangan Antarabangsa (WTC).
Artikel Berkaitan: 15 Tahun Kekal Serasi, Ani Mayuni Selesa Bergandingan Dengan Kelly Azman Di Pentas
Bertaraf antarabangsa

Bukan sekadar festival biasa, Let’s Raya tampil dengan konsep marathon shopping dan hiburan tanpa henti yang dijangka menjadi tumpuan warga kota untuk membuat persiapan Aidilfitri sambil berhibur bersama keluarga.
Pengarah Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026, Yang Mulia, Raja Azman Raja Ayob mengakui penganjuran kali ini merupakan langkah berani buat dirinya apabila pertama kali menerajui festival raya bertaraf antarabangsa.
Sebenarnya ini kali pertama saya menganjurkan festival raya bertaraf antarabangsa. Untuk percubaan pertama ini, saya tidak meletakkan jangkaan yang terlalu tinggi.
Saya mahu bermula dari bawah dan memperkenalkan jenama Let’s Raya kepada rakyat Malaysia terlebih dahulu.
Bagi saya, angan-angan besar itu boleh disimpan dahulu. Apa yang penting, kita mulakan sesuatu yang realistik, mengikut kemampuan, dan beri peluang kepada semua untuk turut serta dalam festival ini.
Bercerita lanjut, Raja Azman atau mesra disapa Kelly Azman menegaskan dia tidak melihat festival raya lain yang sedia ada sebagai pesaing.
Saya tidak anggap ini sebagai persaingan. Saya sedar saya masih baru dalam penganjuran festival seperti ini. Sebelum ini, saya lebih banyak terlibat sebagai pengacara.
Tahun ini mungkin rezeki saya untuk melangkah setapak lagi. Saya mahu beri ruang dan peluang kepada usahawan di luar sana mencari rezeki sepanjang Ramadan.
Barisan artis mega!

Walaupun perancangan dibuat dalam tempoh singkat, Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 tetap berjaya menghimpunkan nama-nama popular.
Pemilihan artis agak mencabar kerana perancangan dibuat dalam tempoh yang singkat. Tambahan pula, ramai artis mempunyai komitmen sepanjang Ramadan.
Namun, kami berjaya mendapatkan beberapa nama seperti Datuk Jamal Abdillah yang sesuai untuk golongan mak ayah, Alpha yang dekat dengan Gen Z, serta Ernie dan Syamel.
Alhamdulillah, saya sangat terharu. Bila saya hubungi seorang demi seorang, ramai yang memberi respon positif dan bersetuju untuk turut serta.
Selain persembahan artis, festival ini turut menjanjikan pelbagai aktiviti mesra keluarga termasuk cabutan bertuah, pertandingan kanak-kanak dan paling ditunggu, segmen hujan duit sebanyak RM1,888 pada setiap sesi.
Dari segi penyertaan vendor pula, lebih 40 peratus tapak sudah ditempah dengan sasaran keseluruhan sekitar 1,000 booth dibuka di bahagian atas dan bawah WTC.
Dengan konsep 88 jam tanpa henti, barisan artis popular serta pelbagai ganjaran menarik, Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 dilihat bakal menjadi antara festival raya paling ‘havoc’ dan wajib singgah tahun ini.
The post Line Up Padu! Jamal Abdillah, Ernie & Alpha Gegarkan Let’s Raya 2026! Kelly Azman Selebriti Serba Boleh first appeared on OHBULAN!.





