Seorang lelaki ditemui dalam keadaan pilu di Kampung Pangkalan Lutong, Miri, Sarawak, memeluk bekas makanan yang dipercayai akibat kelaparan, sebelum disahkan meninggal dunia.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rakaman Terakhir Ibu Tergelak Lihat Anak Kencing Tepi Jalan Sebelum Maut Dirempuh Treler
Artikel Berkaitan: Faizah Soraya Maut Ditik*m Sebanyak 20 Kali Oleh Anak Kandung Berusia 12 Tahun
Bergaduh antara adik-beradik

Menerusi hantaran di Facebook, Ketua Aktivis Pertubuhan Jejak Jalanan, Mohd Azhan Mohd Adnan atau dikenali sebagai Abbe Hae, memaklumkan bahawa mangsa berusia 50 tahun itu sepatutnya menerima bantuan susulan selepas beberapa kes terdahulu.
Namun, hasrat tersebut tidak kesampaian apabila mangsa telah kembali ke rahmatullah.
Dia peluk bekas makanan sebab lapar.
Kalau setakat letak makanan begitu, manalah dia mampu untuk makan sendiri.
Manusia semakin zalim.
Abbe sepatutnya terbang ke Miri setelah selesai kes Pak Mail dan Pak Din untuk bantu sorang lagi insan yang diperlakukan seperti ini oleh adik beradik kandung sendiri.
Tapi apakan daya Allah lebih sayangkan hamba-Nya yang ini.
Difahamkan, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa yang berpengkalan di Taiwan dan mempunyai cawangan di Miri pernah menziarahi kes ini, namun usaha bantuan tidak dapat diteruskan atas beberapa sebab tertentu.
Menurut Azhan, mangsa telah disahkan meninggal dunia pada Isnin.
Arwah telah kembali ke pangkuan pemiliknya pada tengah hari Isnin.
Kejadian ini berlaku di Kampung Pangkalan Lutong Miri Sarawak.
Pengajaran daripada kes ini, walaupun kita sering bergaduh antara adik-beradik, janganlah sampai lakukan seperti ini apabila mereka sakit.
Berdendam tidak menjadikan kita manusia yang lebih baik.
Menyimpan dendam umpama menyeret beban sepanjang hayat.
Sumber: Facebook Abbe Hae
The post Lelaki Kurus Kering Meninggal Dunia Sambil Peluk Bekas Makanan – ‘Walaupun Bergaduh Adik-Beradik Jangan Sampai Berdendam’ first appeared on OHBULAN!.





