Seorang wanita berusia 25 tahun maut selepas dikerat-kerat oleh kekasihnya sendiri dalam satu kejadian yang berlaku di Indonesia, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Suami Tusuk Isteri Sampai Mati Ketika Berkaraoke Di Live Facebook, Penonton Jadi Saksi Pembunuhan
Artikel Berkaitan: Kaki Dikepak Sehingga 90 Darjah, Doktor Pelatih Maut Dibunuh & Dirogol Selepas 36 Jam Bekerja Tanpa Henti
Dikerat 310 bahagian

Memetik laporan Detik, mangsa iaitu Tiara Angelina Saraswati dan suspek, Alvin Maulana, 24, telah menjalinkan hubungan cinta selama lima tahun dan menetap bersama di rumah sewa.
Menurut wakil polis iaitu Kapolres Mojokerto AKBP Ihram Kustarto, insiden kejam itu berpunca selepas berlakunya pertelingkahan antara pasangan itu.
Suspek pulang lewat malam. Masa nak masuk rumah sewa, pintu dikunci oleh mangsa dari dalam.
Kemudian berlakunya pertengkaran kerana mangsa marah dengan kata-kata kasar.
Suspek yang hilang kawalan bertindak menikam leher kanan mangsa dengan pisau dapur sehingga mangsa meninggal dunia. Suspek kemudian bertindak memotong jasad wanita itu di bilik mandi kepada 310 bahagian.
Lebih mengerikan, sebahagian tubuh yang dipotong disimpan di dalam almari dan ditanam di hadapan rumah selain turut dibuang di kawasan semak di dusun.
Namun segala-galanya terbongkar apabila seorang penduduk setempat menemui potongan telapak kaki kiri di semak-semak.
Polis kemudian melakukan pencarian dan menemukan 65 potongan tubuh di lokasi sama, pada 6 September lalu. Susulan itu, pihak polis berjaya menahan suspek untuk siasatan lanjut.
Sumber: Detik
The post Lelaki K*rat Kekasih Kepada 310 Bahagian, Sorok Dalam Almari & Tanam Depan Rumah first appeared on OHBULAN!.





