Seorang lelaki berusia 40 tahun tergamak melepaskan nafsu terhadap anak kandungnya ketika isteri sedang hamil tujuh bulan.
4 tahun anak kandung jadi mangsa

Memetik laporan Detik, perbuatan keji itu dilakukan suspek selama empat tahun sejak anak perempuannya itu berusia 14 tahun.
Tidak mampu lagi menanggung trauma, mangsa yang kini berusia 18 tahun, akhirnya mendedahkan kejadian itu kepada ibu kandungnya.
Menurut sumber, suspek pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan isteri ketiganya kini sedang hamil tujuh bulan.
Walaupun mengetahui isterinya sedang mengandung, suspek tetap meneruskan perbuatan bejatnya terhadap korban.
Siasatan polis mendedahkan bahawa mangsa adalah anak daripada perkahwinan pertama suspek.
Ibu bapa mangsa telah bercerai ketika mangsa masih kecil. Selepas perceraian, suspek yang berasal dari Gresik, Jawa Timur, Indonesia itu dilaporkan merantau ke Malaysia dan berkahwin semula.
Suspek membawa dua anaknya pulang ke Gresik dan memujuk mangsa tinggal bersamanya dengan alasan perlu menjaga adik-adiknya, sambil berjanji menanggung kos persekolahan mangsa.
Suspek kini berada dalam tahanan polis dan diancam hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda sebanyak Rp 15 bilion.
Sumber: Detik
The post Lelaki Durjana Lepaskan Nafsu Terhadap Anak Sendiri Ketika Isteri Sarat Mengandung first appeared on OHBULAN!.





