28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lagu Awan Yang Terpilu Gambaran Kisah Hidup Ning Baizura – ‘Arwah Ayah Saya Tak Restu’

    Shopee Sale

    Lagu ‘Awan Terpilu’ nyanyian penyanyi, Ning Baizura sememangnya meninggalkan kesan mendalam dalam diri pendengar sehingga berjaya merangkul tempat kedua bagi kategori balada di Anugerah Juara Lagu Ke-20 pada 2005.

    Artikel Berkaitan: Ning Baizura Kawal Emosi Menyanyi Lagu ‘Dugaanku’, Terkenang Pengorbanan Ibu Urus Kerjaya Seni & Jatuh Bangun Dalam Industri

    Artikel Berkaitan: Ning Baizura Setuju Sertai GV11 Demi Ibu, Ingin Cipta Kenangan Terindah – ‘Dia Dah 80 Tahun & Hidap Dimensia’

    Arwah Loloq ambil masa empat minit

    Berkongsi mengenai kisah disebalik pembikinan lagu, Ning Baizura memaklumkan penulis liriknya iaitu Allahyarham Loloq hanya mengambil masa empat minit untuk menghasilkan lagu tersebut.

    Lagu ‘Awan Yang Terpilu’ ini, Allahyarham Loloq tulis lirik dia dalam masa empat minit saja.

    Dia cakap, ‘Aku keluar jap, kau bagi aku empat minit ja’.

    Selepas itu, memang empat minit selepas itu dia masuk, itulah liriknya dan tak ada satu pun yang ditukar atau diubah.

    Ning Baizura berkongsi perkara tersebut ketika menjadi tetamu sesi podcast ‘Chanel Music Bliss’.

    MENARIK:  Nash Sebak Kenang Momen Dimarahi Jay Jay Ketika Rakam Lagu ‘Pada Syurga Di Wajahmu’

    Gambaran kisah hidup

    Bercerita lanjut, Ning atau nama lengkapnya Ning Baizura Sheikh Hamzah memaklumkan lagu ini merupakan gambaran kisah hidupnya sendiri.

    Lagu ini adalah mengenai saya sendiri di mana arwah ayah saya tak pernah melihat persembahan saya sampailah ke hari dia tiada (meninggal dunia).

    Kalau tengok dalam muzik video pun, orang yang buat ‘storyline’ itu sebiji menggambarkan kisah hidup saya walhal saya tak pernah beritahu sesiapa pun.

    Ada satu ‘scene’ di mana saya sujud di kaki pelakon. Itu adalah momen di mana saya minta izin daripada arwah ayah saya.

    Arwah pada waktu itu tidak merestui saya tinggalkan rumah. Memang begitulah cara saya minta izin, dan dia tolak kaki ke tepi tetapi versi lagi ganaslah.

    Video

    " data-video-id="7525773305496816904" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @musicbliss_malaysia

    Biar betul Allahyarham Loloq tulis lagu “Awan Terpilu” dalam masa 4 minit? Ning Baizura kongsikan kisah di sebalik proses penulisan lagu ikonik ini. Saksikan episod penuh di YouTube Channel Music Bliss! Link di Bio #musicbliss #themusicshopthatexcites #musicnotespodcast #podcast #muzikmalaysia #ningbaizura

    ♬ original sound – Music Bliss Music Store MY – Music Bliss Music Store MY

    The post Lagu Awan Yang Terpilu Gambaran Kisah Hidup Ning Baizura – ‘Arwah Ayah Saya Tak Restu’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah