31.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kurang Faham Bila Pemilik Restoran Suka Memalukan Restoran Lain Konon Terpaling  Machelin Star’ – Fazley Yaakob

    Shopee Sale

    Penyanyi dan cef selebriti, Fazley Yaakob menegur sikap segelintir pemilik restoran yang gemar memperlekehkan premis makanan lain ketika memberikan kritikan.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kaki Cedera, Fazley Yaakob Terharu DSV Sanggup Tinggal Kerja Demi Dirinya – ‘Dia Di China Tapi Balik Awal..’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Adakah Kami Bakal Disatukan? Itu Memang Doa & Harapan’ – Fazley Yaakob

    Kononnya terpaling Machelin Star

    Menerusi perkongsian di Threads, Fazley atau nama sebenarnya Ahmad Fadzli Datuk Haji Yaakob meluahkan rasa kurang senang terhadap sikap segelintir pemilik restoran yang gemar memburukkan premis makanan lain seolah-olah mereka pengkritik makanan profesional.

    Menurutnya, individu yang bersikap sedemikian mempunyai hati yang kotor.

    Kurang faham bila pemilik restoran jenis suka memalukan restoran-restoran lain kononnya terpaling Machelin Star pengkritik makanan dari Paris!

    Orang macam ini rezeki sempit dan hati susah nak cuci walau pun direndam dalam cuka beras atau tuak pekat!

    Dalam masa sama, penyanyi lagu Janji Iba itu turut mengingatkan bahawa setiap hidangan perlu dinilai dengan adab kerana perbezaan cita rasa bukan alasan untuk memperlekehkan usaha peniaga lain.

    Makanan bukan untuk dihina dan diberi kritikan tanpa rasa hormat.

    Sedap atau tidak itu subjektif. Rezeki tetap rezeki walaupun rasa serai itu tidak kick!

    Sumber: Threads

    MENARIK:  Mahalini Buat Laporan Polis Selepas Dituduh Curang – ‘Sudah Tiga Jam Saya Minta Bukti Tapi Dia Tak Balas’

    The post ‘Kurang Faham Bila Pemilik Restoran Suka Memalukan Restoran Lain Konon Terpaling  Machelin Star’ – Fazley Yaakob first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah