26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kucing Kesayangan Kritikal, Awal Ashaari Mohon Bantuan Penderma Darah

    Shopee Sale

    Pelakon dan pengacara, Awal Ashaari memohon bantuan orang ramai selepas kucing kesayangannya yang bernama Luna berada dalam keadaan kritikal dan kehilangan banyak darah.

    Artikel Berkaitan: ’12 Tahun Bersama Cukup Membuatkan Saya Hormat & Sayang Mama Macam Mak Sendiri’ – Awal Ashaari

    Kucing kesayangan kritikal

    View this post on Instagram

    A post shared by Awal Ashaari ® (@awalashaari)

    Menerusi aplikasi Threads, Awal atau nama lengkapnya Ahmad Awaluddin Ashaari memaklumkan Luna yang ketika ini sedang dirawat di sebuah hospital swasta memerlukan penderma darah kucing dengan segera.

    Assalamualaikum, kucing kami iaitu Luna berada dalam keadaan kritikal dan kehilangan banyak darah serta memerlukan penderma darah (kucing) yang bersesuaian.

    Kami sangat hargai pemilik kucing yang tinggal berhampiran yang ingin membantu, untuk membawa kucing pelihataan anda ke Saint Angel Animal Medical Center, Puchong.

    Tambah pelakon filem ‘Impak Maksima’ itu, pihaknya juga akan menanggung segala kos perubatan dan tiada bayaran yang akan diminta dari pihak penderma.

    Cuma hadir bersama kucing anda di hospital, beritahu nama Luna dan segala kos akan dibiayai pihak kami.

    Saya berada di hospital dan semoga Allah membalas jasa anda semua. Terima kasih.

    Posting Awal Ashaari

    Sumber: Threads Awal Ashaari

    MENARIK:  Fattah Amin Tak Tahu Lagu Duet Dengan Fazura Bakal Lancar, Perceraian Bukan Gimik

    The post Kucing Kesayangan Kritikal, Awal Ashaari Mohon Bantuan Penderma Darah first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah