28.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kopi Termahal Di Dunia Dijual Hampir RM3,000 Secawan

    Shopee Sale

    Secawan kopi yang dijual pada harga US$680 (RM2,873) di Roasters Specialty Coffee House di Dubai telah diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai kopi termahal di dunia.

    Kopi termahal

    Kredit Foto: Vnexpress

    Memetik laporan Vnexpress, ia merupakan kopi V60 yang dibancuh secara manual menggunakan salah satu biji kopi paling jarang dan eksklusif di dunia iaitu Geisha.

    Biji kopi Geisha yang berasal dari ladang Hacienda La Esmeralda di Panama terkenal dengan profil rasa luar biasa.

    Varieti tersebut asalnya berasal dari Ethiopia tetapi kini ditanam di tanah gunung berapi di Lembah Boquete pada ketinggian antara 1,200 hingga 1,800 meter.

    Biji kopi ini terkenal kerana rasa uniknya, dengan aroma bunga seperti melur, honeysuckle (sejenis bunga manis) dan bergamot, serta lapisan rasa buah-buahan yang manis.

    MENARIK:  ‘Jadi Perempuan Harus Refleksi Diri, Jangan Sibuk Hal Rumah Tangga Orang Lain’ – Mimi Lana

    Kopi ini dihidangkan bersama tiramisu, ais krim coklat dan sepotong coklat istimewa, yang semuanya diperbuat dengan menggunakan biji kopi Geisha.

    Sementara itu, menurut Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Roasters, Konstantin Harbuz, pengiktirafan itu meraikan dedikasi pasukan kami dan mencerminkan reputasi Dubai yang semakin meningkat sebagai destinasi pengalaman kopi yang luar biasa.

    Sumber: Vnexpress

    The post Kopi Termahal Di Dunia Dijual Hampir RM3,000 Secawan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah