32.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Konsert Nostalgia New Year’s Eve Satukan Syamel & Ernie Zakri, Beri ‘Vibe’ Luar Biasa Buat Penonton

    Shopee Sale

    Konsert Nostalgia New Year’s Eve yang diadakan semalam di Le Méridien Petaling Jaya berjaya memberikan pengalaman sambutan tahun baharu yang unik dan eksklusif.

    Artikel Berkaitan: Syamel & Ernie Zakri Bakal Bergabung Gegarkan ‘Nostalgia’ Konsert Tahun Baharu

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Didi Astillah Dilamar Pada Malam Tahun Baharu, Kekasih Melutut & Serah Cincin Di Bawah Percikan Bunga Api

    Secara tertutup, lebih tenang

    Acara itu menjadi lebih istimewa dengan menampilkan persembahan daripada Syamel, Ernie Zakri dan DJ Fuzz yang memeriahkan lagi suasana pada malam semalam.

    Dengan sokongan daripada Universal Music Malaysia dan Le Méridien Petaling Jaya, konsert ini diadakan secara tertutup di dalam dewan, menawarkan pengalaman yang lebih tenang dan selesa.

    Ia menjadi pilihan baru bagi mereka yang ingin menyambut Tahun Baharu dengan lebih tenang tanpa kesesakan yang biasanya dikaitkan dengan sambutan di tempat terbuka.

    Menurut Syamel, konsert ini merupakan pengalaman yang penuh makna dan ini adalah kali pertama baginya menyambut Tahun Baharu dalam suasana yang berbeza daripada sambutan biasa diadakan secara terbuka.

    Sebenarnya ini merupakan satu kelainan buat kami apabila dimaklumkan oleh pihak label, Universal Music Malaysia, bahawa akan diadakan sebuah acara sambutan Tahun Baharu secara tertutup hasil kerjasama bersama Le Méridien.

    Pada awalnya, kami sendiri tidak pernah mempunyai pengalaman mengadakan sambutan Tahun Baharu secara tertutup.

    Namun, Alhamdulillah, acara penting ini akhirnya berjaya direalisasikan dengan sokongan daripada pelbagai pihak

    Katanya lagi, ketenangan dan keselesaan suasana konsert itu memberikan pengalaman persembahan yang sangat berbeza.

    Paling bermakna, ini juga merupakan kali pertama kami merasakan pengalaman menyanyi dalam suasana yang sangat tenang, selesa dan teratur.

    Lazimnya sambutan Tahun Baharu dikaitkan dengan kesesakan dan hiruk-pikuk, tetapi kali ini segalanya berjalan lancar sehingga tanpa sedar kita sudah pun melangkah ke tahun baharu.

    Syamel juga menghargai sokongan daripada peminat, media, dan semua pihak penganjur yang telah memastikan acara itu berlangsung dengan lancar.

    Kami dapat berkongsi detik istimewa ini bersama para peminat yang telah menyokong kami sejak dahulu hingga kini.

    Mereka disajikan dengan muzik, hidangan, suasana yang baik serta sokongan rakan-rakan media.

    Alhamdulillah, segalanya berjalan seperti yang dirancang.

    Pengalaman yang berbeza

    Sementara itu, Ernie Zakri mengakui bahawa pada mulanya dia merasa sedikit risau kerana sambutan Tahun Baharu ini diadakan di dalam ballroom, iaitu sesuatu yang belum pernah dicubanya sebelum ini.

    Secara jujur, saya agak gusar kerana kami tidak pernah mengadakan acara sambutan Tahun Baharu di dalam ballroom.

    Kami tidak pasti bagaimana ‘vibe’ dan reaksi penonton.

    Namun dari segi keselesaan, suasana di dalam dewan memang sangat selesa.

    Namun, perasaannya itu hilang sebaik sahaja persembahan dimulakan.

    Apabila Syamel mula menyanyi dan saya mendengar sorakan penonton, Alhamdulillah, ‘feel’ yang kami peroleh malam ini sebenarnya tidak jauh beza antara persembahan ‘indoor’ dan ‘outdoor’.

    Rasa yang hadir tetap sama.

    Ernie juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur atas kepercayaan yang telah diberikan kepadanya.

    Kami amat bersyukur dan berterima kasih kepada pihak Le Méridien serta Universal Music kerana sudi menjemput dan memberikan kepercayaan kepada kami untuk mengendalikan sebuah konsert Malam Tahun Baharu.

    Ia agak mencabar kerana kebiasaannya orang memilih untuk meraikannya di luar, tetapi malam ini istimewa kerana mereka memilih untuk bersama kami.

    Ernie menyatakan juga bahawa Konsert Nostalgia New Year’s Eve adalah sebuah projek yang penuh kegembiraan bagi dirinya dan juga Syamel.

    Ini adalah projek yang benar-benar membuatkan kami gembira, dan Alhamdulillah kami sangat bersyukur dapat merealisasikannya.

    Konsert ini turut dimeriahkan oleh DJ Fuzz, yang menyuntik elemen nostalgia dan bertenaga, menjadikan sambutan Tahun Baharu lebih eksklusif serta meninggalkan kenangan manis buat semua penonton.

    MENARIK:  Kenal Arwah Sejak Bangku Sekolah: Lebih Daripada Sekadar Rakan Duet - Uji Rashid

    The post Konsert Nostalgia New Year’s Eve Satukan Syamel & Ernie Zakri, Beri ‘Vibe’ Luar Biasa Buat Penonton first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah