32.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kenal Arwah Sejak Bangku Sekolah: Lebih Daripada Sekadar Rakan Duet – Uji Rashid

    Shopee Sale



    Penyanyi Uji Rashid menyifatkan kehilangan rakan baiknya, Allahyarham Datuk Hail Amir akibat jangkitan paru-paru di Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam, cukup memberi kesan buatnya.

    Keadaan dia lemah

    Menurut Uji, keadaan kesihatan rakan duetnya itu merosot sejak kebelakangan ini sehinggalah dimasukkan ke HKL pada Jumaat lalu.

    Semalam saya berkesempatan melawatnya. Keadaannya lemah dan sudah tidak kenal orang. Tapi, bila duduk lama-lama dengannya dan cuba bercakap, arwah balas cuma suaranya tak jelas.

    Sepanjang arwah dirawat di HKL, hampir setiap hari saya menziarahinya. Sekarang, saya dalam perjalanan bersama adik ipar arwah untuk menziarah jenazah di hospital.

    Tambah Uji, keadaan kesihatan Hail sudah merosot pada waktu itu, namun masih gigih menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) pada Ramadan lalu.

    Arwah masih boleh hadir majlis berbuka puasa, cuma keadaannya agak uzur, jadi lebih banyak duduk.

    Kehilangan arwah memberi kesan besar buat saya. Ini kerana kami bukan setakat rakan duet, tetapi sudah seperti keluarga.

    Saya kenal dengan arwah sejak di bangku sekolah. Saya juga bukan saja rapat dengan arwah, tetapi ahli keluarga lain termasuk ibu dan adik-beradiknya. Saya juga mengenali ibu dan bapa isterinya.

    Begitu juga arwah, beliau juga mengenali ibu dan adik-beradik saya. Jadi, pemergian arwah sudah tentu satu kehilangan besar buat saya.

    Sekadar info, Uji dan arwah pernah berduet menerusi lagu Antara Matamu dan Mataku, Menunggu Nasi Minyak, Daku Kau Lupakan dan banyak lagi.

    MENARIK:  Tang Guo Dedah Pernah Ambil Masa Tiga Minggu Hasilkan Konten Video Berdurasi 4 Minit

    Biarpun tidak lagi bekerjasama, tetapi hubungan mereka masih baik sehingga kini. Malah, Uji akrab dengan isteri Allahyarham, Datin Safiah Ibrahim.

    Ketika arwah masih sihat, kalau keluar makan bersama keluarganya, dia akan minta anaknya untuk hubungi saya dan ajak saya sertai mereka. Jadi mewakili keluarga arwah, saya mohon kepada semua dapat maafkan kesalahan Allahyarham Hail jika ada terlanjur kata.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah