Konsert kumpulan rock terkenal dari Amerika Syarikat, My Chemical Romance (MCR) yang berlangsung selama dua hari di TM Stadium Nasional bukan sahaja menghiburkan peminat, malah turut memberi impak positif kepada industri kreatif dan ekonomi negara.
Artikel Berkaitan: My Chemical Romance & Evanescence Gegar KL November Ini! Tiket Khas Dibuka Semula
Impak positif kepada ekonomi

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, penganjuran konsert berkenaan merupakan antara acara antarabangsa yang mendapat sokongan menerusi inisiatif Concerts and Events in Malaysia Incentive (CEMI).
Fahmi berkata, pelaksanaan inisiatif tersebut mampu memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk penganjuran konsert dan acara berskala besar bertaraf antarabangsa.
Konsert My Chemical Romance di Stadium Nasional, Bukit Jalil merupakan antara konsert antarabangsa yang mendapat sokongan menerusi Concerts and Events in Malaysia Incentive (CEMI).
Pelaksanaan CEMI memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pilihan konsert dan acara berskala besar serta bertaraf antarabangsa.
Yang penting, bakat tempatan juga diberi peluang. Kehadiran Pop Shuvit sebagai artis pembuka tirai memberi ruang untuk mereka beraksi di pentas yang lebih besar.
Tambah Fahmi, penganjuran konsert antarabangsa turut membawa limpahan ekonomi kepada pelbagai sektor termasuk pemain industri kreatif, perhotelan, pengangkutan, makanan dan pelancongan.
Konsert seperti ini bukan sahaja menghiburkan peminat, tetapi turut memberi manfaat kepada ekonomi, daripada pemain industri kreatif hinggalah sektor perhotelan, pengangkutan, makanan dan pelancongan.
Inilah yang kita harapkan daripada penganjuran acara berskala besar. Industri kreatif dan ekonomi jingga terus berkembang, sementara lebih ramai pemain tempatan turut mendapat peluang.
Untuk rekod, My Chemical Romance telah mengadakan konsert selama dua hari di TM Stadium Nasional pada 19 dan 20 November dengan kehadiran penonton lebih 100,000.
Sumber: Threads
The post Konsert MCR Dapat Sokongan Inisiatif CEMI, Fahmi Fadzil Dedah Impak Positif Kepada Ekonomi Negara first appeared on OHBULAN!.





