Penyanyi Adira Suhaimi kembali dengan nafas baharu menerusi single terkininya, ‘Gelas Memori’ yang menampilkan kolaborasi eksklusif bersama rapper yang berpengaruh, Fiq7.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Adira Suhaimi Mengaku Tinggalkan Bekas Suami Tepi Jalan, Enggan Dedah Punca Perbalahan – ‘Cukup Kami Berdua Tahu’
Artikel Berkaitan: Adira Suhaimi Lali ‘Dikenen’ Dengan Hafiz Suip – ‘Itulah Kehidupan Asam Garam Artis’
Dua genre bebrbeza disatukan

Lagu ini diterbitkan hasil kerjasama antara Nova Music dan Rhunut Music serta Fiq7 bertanggungjawab sepenuhnya dalam penulisan lirik serta komposisi, manakala bagi susunan muzik pula dihasilkan oleh Mas Dewangga.
Dua kombinasi genre yang berbeza iaitu rap dan balada, lagu ini berjaya membawa dimensi baharu kepada muzik tempatan.
Penghasilan lagu ini mengangkat tema rindu, kehilangan dan juga janji yang terpahat di hati sehingga menjadikan setiap bait lirik ini seolah-olah helaian memori yang tidak pernah pudar.
Menurut Adira atau nama penuhnya Siti Adira Suhaimi, 34, kolaborasi ini membawa pengalaman baharu dari segi vokal dan penghayatan.
Bila saya dengar demo lagu ini, saya terrus tertarik dengan cara penceritaannya.
Bukan sekadar lagi cinta, tetapi kisah mengenai bagaimana kenangan boleh menjadi sumber kekuatan.
Katanya lagi, kolaborasi bersama Fiq7 mampu membuka peluang untuk dirinya dalam meneroka sisi yang berbeza dalam dunia muzik.
Saya kagum dengan cara Fiq7 menulis dan menyampaikan liriknya. Gaya rap yang dipersembahkan tidak hanya pantas atau teknikal, tetapi puitis dan jujur.
Meski kami datang daripada dua dunia muzik yang berbeza, tetapi tujuan kami sama iaitu untuk menyampaikan emosi.
Ujar Adira, ‘Gelas Memori’ bukan sekadar lagu biasa, malah ianya adalah sebuah karya seni yang menzahirkan kejujuran, emosi dan evolusi dua artis dari generasi yang berbeza.
Karya paling peribadi

Fiq7 yang kian menjadi sebuah fenomena dalam dunia digital dengan jutaan tontonan di YouTube melalui beberapa lagunya seperti Puisi Malam, Rindu Tak Terucap dan Restu telah menyifatkan ‘Gelas Memori’ sebagai karya paling peribadi.
Saya menulis lagu ini ketika saya sedang melalui fasa kehidupan yang penuh ujian.
Setiap bait lirik adalah refleksi kepada apa yang saya rasakan, termasuklah soal kehilangan, penyesalan dan juga kekuatan untuk terus berdiri.
Bila saya bayangkan lagu ini dengan suara Adira, saya tahu ianya akan menjadi lebih bermakna.
Rapper ini dikenali dengan identiti yang penuh misteri kerana dirinya tidak pernah menunjukkan wajahnya. Fiq7 percaya bahawa muzik seharusnya berbicara lebih kuat.
Saya mahukan pendengar fokus pada mesej dan keikhlasan dalam lagu, tidak perlu tahu siapa saya.
Saya cuba gabungkan unsur rap jalanan dengan bahasa sastera yang indah dalam lagu ini.
Lagu ini turut menonjolkan sisi kematangan Adira sebagai penyanyi yang berani mendalami sesuatu yang berbeza, serta memperkukuhkan lagi reputasi Fiq7, pencipta lagu yang berbakat besar.
Lagu ‘Gelas Memori’ dilancarkan secara rasminya pada 14 November dan boleh mula distrim di semua pelantar penstriman muzik. Siaran perdana bagi video muzik rasmi lagu ini akan berlangsung di saluran YouTube.
The post Adira Suhaimi & Fiq7 Muncul Dengan Single ‘Gelas Memori’ first appeared on OHBULAN!.





