32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    KLP48 Cari Ahli Baharu, AKB48 Buka Uji Bakat Generasi Kedua Di KL

    Shopee Sale

    Kumpulan idol popular Jepun, AKB48, kini melancarkan ujibakat Generasi Kedua KLP48 bagi mencari ahli baharu untuk kumpulan KLP48 di Kuala Lumpur.

    Syarat permohonan

    Ujibakat ‘Bloom’ ini dianjurkan susulan kejayaan luar biasa KLP48 sejak ditubuhkan setahun lalu. Populariti kumpulan itu bukan hanya melonjak di Malaysia, malah turut mendapat perhatian di Jepun sehingga beberapa ahli diundang membuat persembahan di sana.

    • Terbuka kepada semua gadis berumur 13 hingga 23 tahun tanpa mengira warganegara.
    • Permohonan dibuka mulai 1 Julai hingga 1 Ogos 2025.
    • Calon perlu menghantar video maksimum 90 saat (nyanyian atau tarian) melalui laman web rasmi: klp48audition.com
    • Dokumen serta maklumat peribadi juga perlu disertakan.
    • Sesi saringan bersemuka: 23 & 24 Ogos 2025 di Kuala Lumpur
    • Pusingan akhir ujibakat: 6 & 7 September 2025
    MENARIK:  Ramai Yang Tertanya-Tanya, Atikah Suhaime Kongsi Maksud Nama Lyla Mulan Teh

    KLP48 merupakan kumpulan adik ke-10 AKB48 yang ditubuhkan di luar Jepun di bawah pengurusan 48 Entertainment Sdn Bhd, dengan kebenaran rasmi daripada pemegang lesen Superball Co Ltd.

    Kumpulan ini menyertai rangkaian antarabangsa seperti JKT48 (Jakarta), BNK48 (Bangkok), MNL48 (Manila), DEL48 (Delhi) dan banyak lagi.

    Menurut Pengarah 48 Entertainment, Yip Jun Huei, ahli-ahli generasi pertama KLP48 telah berjaya menawan hati peminat menerusi persembahan bertenaga dan interaksi mesra.

    Kami amat teruja untuk memulakan pencarian ahli generasi kedua yang akan mencorakkan masa depan KLP48 dan meneruskan legasi AKB48.

    Jadi tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk bergelar bintang terkenal!

    The post KLP48 Cari Ahli Baharu, AKB48 Buka Uji Bakat Generasi Kedua Di KL first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah