24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kim Seri Tunjuk Bukti, Mula ‘Refund’ Duit Pelanggan Trip Korea

    Shopee Sale

    Usahawan dan pempengaruh media sosial, Kim Seri kini dilihat mula mengambil langkah bertanggungjawab apabila memulakan proses pembayaran semula wang pelanggan yang terjejas susulan pembatalan trip ke Korea Selatan yang dijanjikan sebelum ini.

    Artikel Berkaitan: Bekas Kakak Ipar Dakwa Mental Anak Kim Seri Terganggu, Cakap Seorang Diri – ‘Pulanglah, Hadap Kesan Perbuatan Kau’

    Artikel Berkaitan: Kim Seri Didakwa Punca ‘Ex Husband’ Dipenjara, Bekas Kakak Ipar ‘Spill The Tea’ – ‘Bekas Suami Hadap Jenayah Yang Dia Buat’

    Mula beri refund

    Kim Seri atau nama sebenarnya Seri Azlina, 39, berkongsi beberapa tangkapan skrin menerusi Instagram Story miliknya, yang memaparkan bukti pembayaran semula kepada beberapa individu terbabit.

    Dalam perkongsian tersebut, dia memuat naik resit pembayaran kepada tiga pelanggan dengan jumlah permulaan sebanyak RM300 setiap seorang secara berperingkat sehingga keseluruhan jumlah selesai dilunaskan.

    Langkah itu sekaligus menangkis dakwaan bahawa pempengaruh itu melarikan diri daripada tanggungjawab setelah isu pembatalan pakej pelancongan ke Seoul, Korea Selatan yang dikendalikan olehnya tular dan menerima kecaman ramai.

    MENARIK:  Dua Pelajar Malaysia Berjaya Lanjut Pengajian Di Harvard College

    Tindakan Kim Seri yang tampil secara terbuka memulakan bayaran semula dilihat sebagai usaha untuk menyelesaikan kemelut yang melibatkan ramai pelanggan yang telah membuat bayaran bagi menyertai trip tersebut.

    Sebelum ini, media melaporkan, polis menerima 24 laporan berhubung individu mendakwa menjadi mangsa penipuan pakej pelancongan ke Seoul, Korea Selatan yang dikendalikan usahawan yang juga pempengaruh membabitkan kerugian mencecah RM454,450.

    Bagaimanapun pada 17 Disember lalu, Kim Seri memohon maaf kepada pelanggan terkesan dengan trip pelancongan yang tertunda di bawah syarikat miliknya.

    Wanita itu memberi jaminan akan menyelesaikan tunggakan wang kepada pelanggan yang terbabit sebelum atau pada 1 Februari lalu, namun ada mangsa mendakwa belum menerima bayaran balik dijanjikan.

    Sumber: Instagram Kim Seri

    The post Kim Seri Tunjuk Bukti, Mula ‘Refund’ Duit Pelanggan Trip Korea first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah