Maestro muzik, Profesor Adjung Datuk Ramli MS terpaksa melupakan minatnya terhadap sukan snuker selepas dinasihatkan doktor supaya berhenti bermain susulan masalah slip disc yang dialaminya.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Beritahu Produksi Boleh Tak Tahun Ini Tiada Juara, Bagi Semua Nombor Enam’ – Ramli MS
Bersara main snooker

Ramli atau lebih mesra disapa Tok Ram, 67, berkata, dia tidak dapat lagi bermain sukan berkenaan selepas menjalani pembedahan bagi merawat masalah tulang belakangnya.
Saya memang sudah tidak boleh main snuker lagi sebab belakang badan masih sakit. Saya hadir di sebuah acara snuker baru-baru ini adalah sebab tajaan. Penaja letak muka saya di acara tersebut.
Saya sudah melakukan pembedahan slip disc. Doktor nasihatkan saya berhenti main snuker kerana apabila menunduk, beban badan perlu ditampung. Boleh membahayakan saya.
Tok Ram berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Gegar Vaganza 13 (GV13) yang berlangsung di Damansara pada Khamis.
Mengulas lanjut mengenai keadaan kesihatannya, Tok Ram memaklumkan dia kini semakin pulih selepas menjalani pembedahan pada Ogos lalu.
Bagaimanapun, dia masih perlu berhati-hati dalam melakukan aktiviti harian dan tidak boleh melakukan pergerakan lasak atau mengangkat beban berat.
Saya boleh memandu, cuma kalau berdiri lama perlu jaga-jaga juga. Cuma keadaan sekarang lebih baik berbanding dulu sebelum pembedahan. Saya pembedahan sekitar bulan Ogos lalu.
Saya juga sekarang tidak boleh melakukan aktiviti lasak. Kalau berjalan pun tidak boleh laju. Untuk ketika ini pun saya elak dukung anak, lagi-lagi anak saya sekarang tengah lasak dan berat.
The post Tok Ram Selesai Jalani Pembedahan Slip Disc, Bersara Main Snooker… Elak Dukung Anak Sementara Waktu first appeared on OHBULAN!.





