26 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kim Seri Mohon Maaf Lagi, Akui Perlu Lebih Masa Untuk Bayar Semua ‘Refund’ – ‘Saya Akan Usaha Lebih Lagi’

    Shopee Sale



    Pempengaruh dan usahawan, Kim Seri sekali lagi membuat permohonan maaf susulan kegagalannya untuk membayar semula bayaran terhadap beberapa individu yang telah menggunakan servis pelancongannya.

    Akui perlu lebih masa

    Menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story), Kim Seri atau nama sebenarnya Seri Azlina mengakui dirinya perlu lebih masa untuk menyelesaikan kesemua ‘refund’ pelanggan selepas gagal mengotakan janjinya.

    Jelas Kim Seri, dia berjanji akan meningkatkan usahanya untuk membayar kesemua ‘refund’ pelanggan.

    Kepada semua yang menanti 1 Februari, mohon maaf kerana terlambat update.

    Sekali lagi saya minta maaf kerana mengambil sedikit masa untuk selesaikan pembayaran balik.

    Saya perlukan sedikit masa sahaja lagi dan akan berusaha lebih lagi untuk selesaikan kesemua ‘refund’.

    Terdahulu, tular beberapa video dan hantaran dimuat naik beberapa individu di media sosial yang dipercayai menjadi ‘mangsa’ kepada pakej pelancongan yang ditawarkan Kim Seri.

    MENARIK:  ‘Saya Tiada Apa-Apa Alasan, Tak Nak Bercerita Isu Rumah Tangga Di Media Sosial’ – Haqiem Stopa

    Difahamkan, individu tersebut telah berdepan dengan pelbagai masalah sepanjang trip percutian ke Korea Selatan dan masalah itu mula timbul sejak mereka masih berada di Malaysia.

    Kim Seri atau nama sebenarnya Seri Azlina kemudiannya membuat permohonan maaf susulan dakwaan dirinya menipu pelanggan sehingga menyebabkan kerugian hampir RM400,000.

    Kim Seri juga memaklumkan dia  sedang berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan jumlah yang tertunggak sebelum atau pada 1 Februari 2025.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah