30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Khasiat Telur & Had Pengambilan Yang Disarankan

    Shopee Sale

    Telur memiliki pelbagai sumber nutrien penting seperti vitamin B12, D, zat besi, selenium dan lemak sihat yang menyokong kesihatan otak dan jantung.

    Artikel Berkaitan: Dari Dapur Hingga Ke Kesihatan: Khasiat Luar Biasa Kulit Kayu Manis

    Artikel Berkaitan: Pengambilan Daging Merah Secara Berlebihan Boleh Jejaskan Buah Pinggang, Risiko Dapat Kanser – Kajian

    Ada 6 gram protein lengkap untuk setiap satu biji telur

    Khasiat yang terdapat dalam setiap biji telur sering menimbulkan persoalan mengenai jumlah pengambilan harian yang sesuai bagi mengekalkan manfaatnya tanpa menjejaskan tahap kolesterol dalam badan.

    Setiap biji telur mengandungi kira-kira 6 gram protein lengkap, bersamaan dengan semua asid amino yang diperlukan badan.

    Protein ini membantu dalam membina otot, memperbaiki tisu badan, dan mengekalkan rasa kenyang lebih lama.

    Walaupun sebiji telur mengandungi kira-kira 200 mg kolestrol, kajian mendapati kesannya terhadap paras dalam darah adalah minimum, sebaliknya lebih banyak dipengaruhi oleh gaya hidup dan pengambilan lemak tidak sihat.

    MENARIK:  ‘Selagi Mereka Tak Ganggu & Buat Perkara Yang Tidak Sepatutnya, Saya Biarkan Saja’ – Hisyam Hamid

    Bagi golongan dewasa, pengambilan 1 biji hingga 2 biji telur sehari adalah selamat dan memberi pelbagai manfaat kesihatan.

    Mereka yang aktif bersenam atau sedang membina otot, anda disarankan untuk mengambil 3 biji telur sehari, selagi jumlah kalori dan lemak dalam diet masih terkawal.

    Sebaliknya, individu yang mempunyai masalah kolesterol tinggi, perlu mengehadkan pengambilan kepada 3 biji hingga 4 biji telur seminggu dan mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

    Dengan pengambilan yang sederhana dan seimbang, telur bukan sahaja menyokong kesihatan jantung dan pertumbuhan otot, malah membantu mengawal berat badan, meningkatkan fungsi otak, dan menyokong sistem imun.

    Sumber: Maskulin

    The post Khasiat Telur & Had Pengambilan Yang Disarankan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah