Penyampai radio HotFM, Keymi tampil mengulas kenyataan individu yang kurang senang melihat keadaannya yang sarat mengandung semasa menghadiri malam Anugerah Melodi Terhangat (AMT 25).
Artikel Berkaitan: Daiyan Trisha Menang Anugerah Melodi Terhangat 2025
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bella Astillah & Sophia Albarakbah Janggal Di Atas Pentas AMT25 – ‘Saya Kenal Sangat’
Sakit belakang & kaki sembab

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Keymi atau nama sebenarnya Nurul Kamilia Afiqah Mohd Kamaruzaman, 27, mendedahkan dia menghidap Skoliosis.
Ujar Keymi, dia menahan kesakitan selama dua jam sepanjang AMT 25 berlangsung.
Saya kurang pasti Cik ada pengalaman mengandung atau tidak, tapi saya doakan Cik tidak melalui apa yang saya rasa sekarang.
Saya mengandung dengan Skoliosis dan saya berada dalam dewan dengan keadaan duduk atas kerusi tanpa bangun selama dua jam lebih.
Sepanajng AMT berlangsung, saya hanya mampu genggam tangan suami disebabkan oleh sakit belakang. Dalam pada yang sama kaki saya dah sembab.
Bila nama saya diumumkan, saya cuba untuk bangun dengan bantuan suami. Bangun dengan drastik supaya tak kacau timing program.
Daripada tulang belakang sampai ke tapak kaki punya sakit buat saya rasa nak menjerit sebab kebiasaannya itu yang saya buat. Tapi saya diam dan tahan.
Perit mengenang ujian hidup

Dalam pada itu, Keymi turut berkongsi keperitan yang dialami apabila diuji dengan kehilangan anak pertamanya.
Tambahnya, dia bersyukur atas rezeki yang tidak disangka-sangka setelah dihujani ujian berat dalam kehidupan.
Atas pentas, suara saya menggigil. Kepala saya teringat kembali ujian yang saya lalui. Kehilangan anak pertama.
Kemudian, saya diuji susah untuk dapatkan zuriat. Saya sebak. Tak sangka sebesar ini hadiah Allah untuk saya.
Di akhir perkongsian, Keymi menitipkan doa buat individu terbabit agar dijauhkan daripada segala penyakit dan dipermudahkan segala urusan.
Sumber: Threads @keymihotfm
The post Keymi Hot FM Bidas Netizen Kondem ‘Over’ Berbadan Dua – ‘Saya Ada Skoliosis & Menahan Sakit Selama Dua Jam’ first appeared on OHBULAN!.





