26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [Kes Pelajar Perempuan Maut Ditikam] Intan Najuwa – ‘Ibu Bapa, Guru & Seluruh Komuniti Memikul Tanggungjawab Dalam Membimbing Anak’

    Shopee Sale

    Pelakon Datin Intan Najuwa menegaskan bahawa insiden tragis melibatkan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun yang maut dipercayai akibat ditikam oleh seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun di sebuah sekolah menengah hari ini, harus dijadikan satu ‘wake-up call’ untuk semua pihak.

    Artikel Berkaitan: Pelajar Perempuan 16 Tahun Maut Ditikam Pelajar Lelaki 14 Tahun

    Peringatan kepada semua

    Menurut Intan, 28, ibu bapa, para guru serta seluruh komuniti perlu memainkan peranan yang lebih aktif dalam membentuk dan membimbing anak-anak.

    Intan turut menyatakan bahawa meskipun sistem sekolah dan peraturan wajar diperketatkan, hakikatnya jumlah pelajar yang terlalu ramai menjadikan tugas para guru amat mencabar untuk memantau setiap individu secara menyeluruh.

    Salam takziah buat keluarga mangsa pelajar yang terlibat dalam insiden tragis di sekolah. Berita yang menyayat hati ini benar-benar menjadi satu peringatan kepada kita semua iaitu ibu bapa, guru, dan seluruh komuniti.

    Kita semua memikul tanggungjawab bersama dalam membentuk dan membimbing anak-anak.

    Sistem sekolah dan peraturan sememangnya perlu diperketatkan, namun dalam realiti sebenar, saya faham bahawa jumlah pelajar yang ramai menjadikan tugas guru sangat mencabar untuk memantau setiap seorang.

    Peranan ibu bapa

    Tambah pemilik nama Intan Najuwa Abdul Wahid, tragedi itu turut menjadi peringatan besar kepada ibu bapa agar lebih proaktif dalam mendidik, membimbing, dan yang paling utama, memberikan perhatian sepenuhnya kepada generasi muda yang masih mencari arah dan pedoman dalam kehidupan.

    Perhatian dan komunikasi dengan anak-anak amat penting, kerana mereka masih muda dan masih dalam proses belajar membezakan antara yang betul dan yang salah.

    Bagaimana seorang anak boleh membawa senjata ke sekolah tanpa disedari sesiapa?

    Ini menunjukkan betapa pentingnya kita sentiasa peka, mendengar, dan tidak pernah jemu mengingatkan anak-anak tentang empati, kebaikan hati, dan akibat daripada setiap perbuatan.

    Dalam pada itu, pelakon drama Hantu Punya Bos turut menggesa agar semua pihak bermuhasabah diri dan memainkan peranan masing-masing secara konsisten setiap hari.

    MENARIK:  Berani Tinggalkan Kerjaya Pensyarah, Ema Malini Capai Impian Menjadi Baker

    Bukan hanya apabila berlaku insiden duka atau tragedi, tetapi sebagai tanggungjawab berterusan demi kebaikan bersama.

    Sumber: Threads

    The post [Kes Pelajar Perempuan Maut Ditikam] Intan Najuwa – ‘Ibu Bapa, Guru & Seluruh Komuniti Memikul Tanggungjawab Dalam Membimbing Anak’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah