27.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kes Kena ‘Scam’ Ditangguh, Riezman Khuzaimi Mahu Keadilan – ‘Saya Diserang Anxiety Sampai Jatuh Sakit’

    Shopee Sale



    Pelakon, Riezman Khuzaimi menyerahkan segala keputusan kepada perundangan negara selepas kes penyalahgunaan wang melibatkan penganjuran konsert Konsert Goyang Asia-Koplo Milenia ditangguhkan Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur.

    Riezmann diserang ‘anxiety’

    Ketika ditemui , Riezman, 54, berkata, kejadian tersebut telah membuatkan dirinya diserang masalah ‘anxiety’ sehingga jatuh sakit.

    Saya tertekan sebab kes ini telah menjatuhkan reputasi saya sehingga saya diserang ‘anxiety’.

    Serangan ‘anxiety’ itu sangat teruk sehinggakan saya diserang penyakit ‘slip disc’.

    Bila kita stres terus jatuh sakit macam itu.

    Dalam masa sama saya kemurungan dan rasa marah sebab ditipu.

    Riezman berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Jumaat.

    Justeru, pelakon filem ‘Baik Punya Cilok’ ini berharap keadilan akan berpihak kepadanya dan rakan kongsi yang sudah melabur hampir RM300,000.

    Saya harapkan keadilan untuk kes ini supaya semua orang di luar sana tidak berdepan dengan isu ‘scam’ seperti ini.

    Jadi, saya serahkan segalanya kepada undang-undang dan tengoklah macam mana nanti.

    Terdahulu, Hakim Azrul Darus memutuskan untuk menangguhkan kes ini ke satu tarikh yang baharu bagi meneliti semula kesemua bukti yang dikemukan ke atas defendan.

    MENARIK:  ‘Aku Dah Failkan Hadanah Untuk Han & Yuki, Doakan Aku Menang Tau’ – Cik Epal

    Pada 14 Jun tahun lalu, seorang pempengaruh mengaku tidak bersalah atas dakwaan mengambil wang milik syarikat Mission Sight Sdn Bhd berjumlah RM237,370.

    Ia bagi menguruskan konsert Goyang Asli Koplo Milenia tahun lalu namun tertuduh gagal berbuat demikian dan menggunakan wang terbabit bagi kegunaan sendiri yang mana wang diambil bukan miliknya.

    Sebelum ini, Riezman sebelum ini mendedahkan dirinya mengalami kerugian kira-kira RM1 juta apabila ditipu konsultan yang menguruskan konsert anjuran pertamanya itu.

    Riezman kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Brickfields bagi tujuan tindakan undang-undang.

    Penipuan itu telah menyebabkan konsert yang dianjurkan telah tertangguh sebanyak tiga kali sebelum akhirnya berjaya dianjurkan pada 27 Januari 2024 bertempat di Zepp, Kuala Lumpur.


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah