31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kerap Sembang Topik Poligami Masa Baru Kahwin, Lelaki Ini Kongsi Rahsia Bahagia Bersama 3 Isteri – ‘Saya Sendiri Cari Calon’

    Shopee Sale

    Program Malaysia Hari Ini (MHI) baru-baru ini menampilkan perkongsian eksklusif bertajuk ‘Madu Dalam Kehidupan’ yang menyaksikan bagaimana Muhammad Amirul Hakimin Zuha mengemudi bahtera poligami bersama tiga isterinya.

    Artikel Berkaitan: Abby Abadi Kongsi Luahan Netizen Minta Marissa Dania Bina Hidup Baru, Tak Patut Berpoligami – ‘Biarlah Komen Ini Mewakili’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Keputusan Poligami Perlu Harmoni, Jangan Lakukan Dengan Cara Tidak Baik’ – Ashraf Muslim

    Kehidupan poligami

    Menerusi segmen tersebut, Muhammad Amirul Hakimin, 32, berkongsi momen di mana dia meluahkan hasratnya untuk berpoligami kepada isteri pertama.

    Saya sebenarnya pada tahun pertama kahwin, memang kami secara terbuka bersembang tentang poligami. Itu topik perbualan kami, dan saya ada juga tanya kepada isteri pertama. 

    Dia cakap kalau nak cari calon isteri, jangan cari kawan dia sebab kalau bergaduh nanti susah. Jadi saya sendiri cari calon sendiri dan beritahu kepada isteri pertama.

    Kami kemudian berjumpa di kedai makan, order makanan dan bersembang seperti biasa.

    Menurut isteri pertama iaitu Ian Fazreena Noor’Aini, 31, berkata sikap terbuka adalah salah satu kunci utama dirinya menerima kehidupan poligami.

    Situasi saya berlainan daripada orang lain. Saya kenal suami ketika zaman universiti dan bermula daripada berkawan. 

    Dia ada satu karakter usahahawan, jadi mereka ini ada target. Salah satu ciri-ciri wanita yang dia nak adalah menerima poligami.

    Persepsi orang terhadap poligami

    Sementara bagi isteri kedua, Nurul Amirah Kamaruddin, 29, cabaran terbesar bukanlah pada hubungan sesama madu semata-mata, tetapi bagaimana mahu memberi kefahaman kepada keluarga. Selain bimbang akan persepsi negatif orang terhadap wanita yang mengahwini suami orang.

    Kekangan yang saya hadapi adalah macam mana nak fahamkan keluarga sebab saya berkahwin untuk kali pertama dan terus memasuki dunia poligami. 

    Kemudian ada sedikit kerisauan penerimaan daripada keluarga suami.

    Manakala isteri ketiga, Shahida Dzayuddin, 27, membawa pendekatan dengan memberi layanan baik selain cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan berpoligami.

    MENARIK:  [VIDEO] Shaniena Natasya Perjelas Sebab Anak Tiri Panggil ‘Auntie’ – ‘Cuba Bayangkan Kalau Kita Di Tempat Ibu Kandungnya’

    Sebagai nakhoda yang mengemudi tiga bahtera serentak, Amirul berkongsi amalannya dalam menjaga keharmonian rumah tangga.

    Malah dia juga akui ilmu merupakan salah satu aspek penting dalam kehidupan berpoligami.

    Pertama sekali sebagai pemimpin keluarga, kita kena pastikan diri dengan Tuhan dalam keadaan bagus. Saya tak nafikan kadang-kadang kita leka tapi kita kena sentiasa belajar untuk dekatkan diri dengan Tuhan.

    Kedua adalah segi ilmu, sebab cara poligami diamalkan tidak seperti monogami. Tetapi bila ada ilmu yang betul, kita akan tahu caranya dan juga pergaulan dengan orang sekeliling kita. 

    Macam saya ada libatkan diri dalam Pertubuhan Poligami Harmoni Malaysia. Pertubuhan ini bukan untuk mempromosikan poligami tetapi lebih kepada kumpulan sokongan untuk orang berpoligami.

    Sumber: Malaysia Hari Ini

    The post Kerap Sembang Topik Poligami Masa Baru Kahwin, Lelaki Ini Kongsi Rahsia Bahagia Bersama 3 Isteri – ‘Saya Sendiri Cari Calon’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah