28.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kenapa Kalau Meniaga Mesti Semua Makanan Tak Sihat?’ – Atikah Suhaimie

    Shopee Sale

    Pelakon dan usahawan Atikah Suhaimie meluahkan rasa hairan terhadap trend perniagaan makanan yang kini didominasi oleh hidangan kurang sihat.

    Artikel Berkaitan: ‘Tiba-Tiba Terkencing Dalam Seluar Bila Angkat Baby Mulan’ – Atikah Suhaimie

    Artikel Berkaitan: Atikah Suhaime Kongsi Menu Eat Clean Bajet Murah – ‘Beli Ulam, Buat Sambal Kering Tanpa Gula’

    Kebanyakannya menu tidak sihat

    Menerusi hantaran di Threads, Atikah atau nama penuhnya Nur Atikah Mohd Suhaimie, 35, berkata, kebanyakan perniagaan makanan kini menawarkan menu kurang sihat seperti kek, pencuci mulut yang manis, nasi goreng serta hidangan pedas.

    Kenapa kalau meniaga mesti semua makanan tak sihat.

    Macam kek, pencuci mulut manis, nasi goreng dan makanan bergoreng cili pedas.

    Tambah Atikah, agak sukar untuk mendapatkan makanan yang berasaskan sup.

    Sepanjang menetap di Singapura, Atikah berkongsi dia gemar menikmati hidangan ban mian.

    Namun, keadaannya berbeza di Malaysia apabila kebanyakan kedai sup yang ditemuinya tidak menepati keperluan halal.

    Sini tak ada ke macam kedai jual sup-sup?

    Kalau kat Singapura dulu saya suka sangat makan ban mian.

    Tapi di sini tempat jual sup-sup je mesti tak halal.

    ‘Makan pedas memang budaya masyarakat Malaysia?’

    Susulan itu, setiap kali teringin menikmati sup, dia terpaksa menyediakannya sendiri di rumah.

    MENARIK:  [VIDEO] Ibadah Korban Tanggungjawab Suami Atau Isteri? Ini Penjelasan Ustaz Don

    Lebih-lebih lagi apabila selera suaminya yang cenderung kepada nasi berkuah pekat, nasi lemak dan hidangan pedas walaupun pada waktu pagi.

    Dalam hantaran yang sama, pelakon kelahiran Singapura itu turut meluahkan persoalan sama ada kecenderungan tersebut sememangnya mencerminkan budaya pemakanan masyarakat di Malaysia.

    Saya cuma teringin sup mi ikan dan boleh terus pesan di kedai.

    Tapi setiap kali mengidam, saya terpaksa masak sendiri di rumah.

    Tambahan, suami saya tidak suka sup, dia lebih suka nasi dengan kuah yang banyak, nasi lemak dan makanan pedas bila waktu pagi.

    Makan pedas memang budaya masyarakat Malaysia ke?

    Sumber: Threads Atikah Suhaimie

    The post ‘Kenapa Kalau Meniaga Mesti Semua Makanan Tak Sihat?’ – Atikah Suhaimie first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah